Tuesday, August 19, 2014

Tips memilih buah-buahan segar

APABILA membeli buah-buahan, ia hendaklah untuk tujuan dimakan pada hari dibeli atau pada hari esok.

Jangan membeli buah-buahan secara berlebih-lebihan, walaupun harganya murah, kerana:

* Buah-buahan tempatan tidak tahan lama jika disimpan lebih daripada tiga hari.

* Rasanya menjadi kurang sedap.

CARA MEMILIH BUAH-BUAHAN

* Beli buah-buahan pada musim buah agar dapat buah-buahan yang lebih bermutu.

* Apabila membeli betik atau pisang, janganlah dipicit-picit. Perbuatan ini akan menyebabkan buah-buahan tersebut lebam, rosak dan cepat busuk.

* Jangan membeli ketika pembeli-pembeli lain sedang ramai atau berebut-rebut membeli kerana:

- Harga menjadi lebih mahal

- Tidak dapat membuat pilihan dengan teliti.

* Perhatikan keadaan buah-buahan tersebut:

- Keseluruhan buah-buahan tersebut kelihatan segar dan tidak layu.

- Rasanya berat

- Tidak terdapat bekas terpotong, digigit ulat atau binatang.

- Tampuknya tidak mempunyai tanda menunjukkan telah lama dipetik atau telah lama diperam.



Petua mengenali nenas yang masak

- Mata-matanya tidak berapa timbul lagi.

- Jambul atau kumpulan daun-daun yang tumbuh di hujung nenas mudah ditanggalkan.

- Warna nenas itu kelihatan menunjukkan warna-warnanya yang tertentu, iaitu kuning tua, kuning keemas-emasan atau kuning kemerah-merahan.


Petua mengenali tembikai yang masak

-  Kulitnya agak licin.

- Pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung/warnanya putih kuning air.

Sekiranya tembikai itu telah dibelah, pastikan:

- Jangan mudah terpengaruh dengan warna merah kerana ia mungkin dibalut dengan plastik berwarna merah.

- Warna tembikai yang asli kelihatan merah berseri, bukannya pucat. Manakala isinya pejal dan rongga-rongganya kasar.

- Biji-biji isinya berwarna perang tua ataupun hitam dan agak keras.

No comments: