Tuesday, August 5, 2014

Demam denggi mengancam nyawa


KINI wabak denggi telah melanda di semua tempat di negara kita. Negeri Selangor dilaporkan mempunyai penghidap denggi yang terbesar. Gejala ini bukan sahaja memerlukan tindakan daripada pihak kerajaan, tetapi juga kepada semua anggota masyarakat. Jika tindakan yang serius tidak diambil, maka wabak ini akan bermaharaja lela dan menular sehingga tidak dapat dibendung lagi.

Demam Denggi dijangkiti melalu nyamuk Aedes yang membawa virus wabak tersebut dengan menggigit orang yang terkena penyakit ini dan kemudian dijangkitkan pula kepada orang lain melalui gigitannya.  Virus denggi ini akan mengalir di dalam badan manusia dalam tempoh tiga hingga 14 hari. Orang yang dijangkiti virus ini akan menunjukkan tanda-tanda dihinggapi penyakit ini.

Terdapat dua jenis penyakit denggi yang serius, iaitu: Demam Hemogragik Denggi dan Sindrom Kejutan Denggi. Sindrom kejutan Denggi merupakan tahap yang membahaya dan boleh mengakibatkan kematian.

Terdapat beberapa tanda-tanda demam denggi, iaitu:

* Demam yang berpanjangan

* Berasa terlalu pening

* Sakit belakang mata

* Sakit sendi dan senggal tubuh

* Loya dan muntah.

*  Ruam kulit - antara hari kedua dan hari keenam

* Pendarahan otak.

Tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes ialah:

* Pasu bunga

* Kolam mandi

* Perangkap air sejuk

*  Tangki simpanan air

* Bekas menyimpan air yang lain

Cara-cara mencegah pembiakan nyamuk aedes:

* Bersihkan kawasan kediaman

* Pastikan bekas takungan air sentiasa bersih

* Pastikan tayar, longkang, tin dan lapik pasu sentiasa kering

* Telangkupkan bekas yang berkemungkinan menakung ai

* Potong rumput dan lalang yang panjang di sekitar rumah

* Gunakan kelambu ketika tidur

* Tutup tingkap rumah pada waktu senja

* Pastikan tempat ternakan haiwan sentiasa bersih

* Awasi pusat pelupusan sampah.

Sumber : Berita Harian - 1Klassifieds

No comments: