My Followers

Memerangi pembaziran - di rumah


KITA BOLEH MEMERANGI PEMBAZIRAN DI RUMAH. BEGINI CARANYA;

1. Kurangkan penggunaan elektrik dengan memasang lampu penjimat tenaga. Ia kurang mengeluarkan haba maka bilik tidak terlalu panas dan tidak perlu disejukkan.

2. Beli buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan. Ini akan mengurangkan pengeluaran karbon ketika menghantar makanan ke setiap negara.

3. Kurangkan pembaziran makanan dengan membuat senarai membeli-belah mingguan. Apabila makan di luar,cuba pesan makanan yang kurang daripada terlebih pesan. Jika masih lapar lagi, anda masih boleh pesan lagi.

4. Periksa tarikh luput makanan yang disimpan dalam peti sejuk untuk mengelak daripada membuang makanan yang sudah tamat tempohnya, lantas mengurangkan membeli makanan baru.

5. Ketika melancong, beli tiket elektronik supaya tidak perlu mencetak tiket.

6. Jika anda tidak menggunakan perkakas atau mainan bayi, pinjamkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai.

7. Gunakan laman web sosial untuk menawarkan barang-barang yang tidak digunakan lagi tetapi masih dalam keadaan yang baik kepada mereka yang inginkannya.

8. Didih air dengan menggunakan cerek di atas dapur dan elakkan penggunaan cerek elektrik Tanam pokok-pokok di sekitar rumah untuk menyerap haba dan menyejukkan rumah.

9. Jangan lupa memadamkan suis barang-barang elektrik dan elektronik. Memadamkannya menggunakan `remote control' dan membiarkan dalam keadaan `standby' masih lagi menggunakan elektrik.

10. Air bilas yang diguna oleh mesin basuh kain boleh dikumpul dalam tong dan diguna semula. Contohnya, menggunakannya untuk membersih tandas.

Source: www.reduce.org/www.cetdem.org.my
Post a Comment