My Followers

Penjagaan kereta yang rapi

Sama ada anda menggunakan kereta terpakai atau baru, aspek yang perlu diambil berat adalah pretasi serta keselamatnnya.

Jika bercadang membeli kereta terpakai, seboleh-bolehnya bawa bersama mekanik atau rakan yang mahir bagi memeriksa kenderaan yang hendak dibeli, membolehkan kita mengesan kerosakan.

Bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak bermasalah, pemilik dinasihatkan melakukan penyelenggaraan secara berkala.

Dapatkan nasihat dari pusat servis supaya anda boleh lakukan sendiri apabila mempunyai waktu lapang.

Dengan adanya rutin penjagaan secara berkala, pengguna mengetahui keadaan kenderaan seperti mengesan bahagian atau komponen yang haus atau rosak dan perlu diganti.

Keadaan ini perlu dilakukan untuk mengelak kereta tidak fungsi ketika dalam perjalanan, terutama ketika kesesakan lalu lintas dan perjalanan jauh.

Suatu langkah bijak ialah pemilik kenderaan menjadualkan penyelenggaran dan menetapkan waktu yang sesuai untuk kerja membaikinya.

Ramai yang tidak mengambil berat untuk melakukan pemeriksaan, sebaliknya hanya mengharapkan pusat servis melakukanya sedangkan antara tempoh servis itu, pelbagai masalah boleh berlaku.

Sebahagian pemeriksaan boleh dilakukan sendiri, seperti bunga dan tekanan again tayar, tahap minyak pelincir, air bateri dan pengelap cermin. Jadikan amalan berjalan mengelilingi kereta setiap pagi sambil memeriksa tekanan again tayar, lampu isyarat serta lampu besar agar sebarang kerosakan boleh dikesan. Jika kadar kehausan pada tayar tidak seimbangan, menunjukkan penjajaran tayar tidak betul dan perlu dijajar semula. Jika jajaran roda sentiasa sempurna, jangka hayat tayar yang sekarang makin mahal, Akan lebih lama boleh membolehkan kita menjimatkan kos.

Sekurang-kurangnya seminggu sekali periksa bahagian-bahagian enjin, terutama tahap minyak pelincir, cecair brek dan stereng kuasa, air dan air bateri.

Jika tahap minyak pelincir berkurangan, periksa kemungkinan berlaku kebocoran kerana minyak pelincir tidak akan berkurangan jika enjin sempurna.

Begitu juga dengan cecair brek, tidak akan berkurangan jika tidak berlaku kebocoran. Jika minyak brek berkurangan tapi tiada kebocoran dikesan, ia menunjukkan pad brek sudah haus dan perlu diperiksa sama ada perlu diperiksa sama ada perlu diganti atau tidak.

Bateri yang kekurangan cecairnya boleh membawa padah termasuk bateri tidak berfungsi dan lebih buruk, ia menjadi panas dan terbakar.

Air dalam radiator perlu diperiksa selalu kerana ia amat penting memastikan enjin tidak terlalu panas terutama ketika kesesakan lalu lintas.

Pastikan anda menggantikan minyak gear, sama ada secara manual atau automatik, mengikut jadual waktu ditetapkan kerana minyak gear yang terlalu lama akan kehilangan kelikatanya lalu gagal melindungi geseran komponen gear.

PENJAGAAN KERETA YANG RAPI

* Panaskan enjin selama 10 minit sebelum memulakan perjalanan.

* Biasakan diri mendengar bunyi enjin. Ia melatih anda mengesan bunyi ganjil pada enjin dan ia membantu mengesan masalah pada bahagian.

* Setiap minggu luangkan masa memeriksa bahagian keselamatan kenderaan seperti sistem brek dengan menguji pelapik brek supaya ia tidak haus.

* Anda juga boleh memeriksa sistem penyaman udara serta cecair pada enjin kenderaan seperti minyak pelincir, air radiator, minyak brek dan pencuci cermin.

* Untuk memastikan cat kenderaan tidak pudar, luangkan sedikit masa membasuh atau menghantarnya untuk dicuci serta dikilatkan supaya cat kenderaan tidak makan usia.

* Setiap bulan periksa tekanan udara pada tayar anda. Ia penting bagi memastikan kenderaan dipandu stabil dengan penggunaan tekanan yang betul.

* Tayar kekurangan tekanan udara menyebabkan kenderaan berat pada stereng atau boleh mengakibatkan kebocoran. Ia juga boleh memberi kesan terhadap bunga tayar jika kekurangan tekanan udara.

* Anda juga boleh menguji sistem brek dan membersihkan penapis udara kenderaan supaya sentiasa bersih.

Sumber:  Berita Harian - Sat, Jan 18, 2014 - 1Klassifieds 
Post a Comment