Friday, January 10, 2014

Didik anak elak bahaya di rumah

 * Jangan biarkan anak-anak anda bermain sendirian di tingkat atas rumah, beranda atau mana-mana bahagian yang agak tinggi. Pastikan pintu di beranda sentiasa tertutup.

* Jangan letakkan perabot berhampiran tingkap yang terbuka kerana anak anda boleh menggunakannya untuk memanjat ke tingkap.

* Jika air tertumpah ke lantai, lapkan dengan segera kerana anak anda mungkin tergelincir dan terjatuh apabila memijaknya. Melecur


* Jangan biarkan anak-anak anda bermain di dapur atau berhampiran meja makan terutama ketika sedang menghidangkan makanan yang masih panas.


* Lapikkan meja makan dengan pengalas yang agak kesat supaya ia tidak mudah ditarik. Anak anda mungkin suka bertindak demikian dan ini membahayakan terutama jika ada makanan panas terhidang di atas meja.

* Tempatkan makanan yang panas di bahagian tengah meja.

* Jangan letakkan bekas berisi air panas di tepi meja atau di atas lantai.

* Jangan biarkan anak anda bermain dengan sesuatu yang boleh menyebabkan kebakaran.


* Jangan biarkan anak anda sendirian bersama satu bekas berisi air panas. Jika anda mahu memandikan mereka, isikan air sejuk dahulu sebelum mencampurkannya dengan air panas.


* Simpankan seterika di tempat yang selamat selepas ia digunakan.


Keracunan 

* Simpankan semua ubat serta kimia beracun seperti minyak gas dan semburan serangga di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak.


* Jangan isikan ubat serta cecair beracun di dalam bekas botol minuman kerana ini boleh mengelirukan kanak-kanak.


Tersumbat 

* Jangan biarkan benda-benda kecil seperti kacang, wang syiling, pin, guli, butang atau gula-gula bersepah di rumah anda.

* Simpankan semua benda berkenaan di tempat yang selamat dan sukar dicapai kanak-kanak. Luka

* Simpankan benda tajam seperti pisau di tempat yang selamat.

* Elak menggunakan perhiasan serta perabot rumah yang diperbuat daripada kaca.

 * Tempatkan kipas meja di tempat yang sukar dicapai kanak-kanak.


Kejutan letrik 

* Jangan biarkan anak anda main berhampiran dengan punca elektrik. Letakkan perabot yang boleh menghalang atau menyembunyikannya daripada penglihatan mereka.


* Letakkan semua peralatan elektrik di tempat yang selamat.

* Pastikan semua peralatan elektrik di rumah anda selamat digunakan.


Lemas 

* Jangan benarkan anak anda main berhampiran kolam renang, parit, sungai, lombong dan jeram.


* Ajar mereka berenang.


* Jangan biarkan mereka sendirian berhampiran atau di dalam bekas mandian yang dipenuhi air.

No comments: