Thursday, December 19, 2013

Tip hindar keletihan ketika bekerja dan senaman

Tip Senaman Badan dan Fikiran

* Mulakan dengan senaman sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.

* Beranikan diri untuk menegur atau mengeluarkan perkataan halo kepada orang yang jarang anda tegur.

* Buka laman web yang anda tidak pernah tengok contohnya laman web alam sekitar.

* Sekali-sekala cuba tonton video lawak kerana ketawa adalah senaman untuk awet muda.

* Cuba bertanam sayur, memelihara ikan atau kucing kerana secara tidak langsung menanam sikap kasih sayang.

* Cuba duduk diam tanpa radio dan televisyen selama lima minit tetapi ingat dalam tempoh itu jangan pula anda tidur.

* Sekali-sekala boleh menari mengikut irama yang anda cuba seperti lagu rancak atau samba.

* Berjalan sekitar taman perumahan selama sejam.

* Berlari naik dan turun tangga di rumah.

* Berbasikal di kawasan perumahan atau di gimnasium.

Bersifat Positif Terhadap Pekerjaan

Ketika bekerja, terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun ia berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang dibuat.

Bersantai Sejenak

* Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja. Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu.

Nikmati Humor Dan Ketawa

* Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun atau bergebang bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran

Bekerja Secara Sistematik

* Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja

Banyakkan Minum Air Mineral

* Air mineral dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh

Lakukan Aktiviti Fizikal

* Untuk mengendurkan otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senaman ringan. Jika pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, gunakan tangga berbanding lif.


No comments: