My Followers

Ikan keli kaya protein




* Nama saintifiknya Clarias Batrachus (Linn) dari keluarga Claridae.

* Ikan keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara ASEAN, khususnya di negara ini.

* Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli dipanggil ikan semilang sementara dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli dikenali `iwak lele'.

* Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di kawasan Pahang iaitu Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan.

* Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera.

* Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

* Antara jenis ikan keli yang boleh didapati ialah Ikan Keli Kayu (Clarias batrachus), Ikan Keli Bunga (Clarias macrosephalus), Ikan Keli Eksotika (Clarias gariepinus), Ikan Keli Limbat (Clarias neuhorfii), Ikan Keli Mata Kati (Clarias spp), Ikan Keli Rusia (Clarias spp), Ikan Keli Afrika (Clarias spp), Ikan Keli Jeram (Clarias foratum) dan Ikan Keli Hutan (Clarius spp).

* Keli Eksotika dan Keli Afrika menjadi spesies yang banyak diternak untuk tujuan komersial kerana ia spesies cepat membesar serta memberikan keuntungan yang optimum.

* Ikan keli di negara ini ditemui secara semula jadi dan kini menjadi satu industri yang menguntungkan jika dijalankan secara komersial atau bersistem.

* Di negara ini juga terdapat banyak jenis ikan keli dan sebahagiannya sudah dikomersialkan serta mendapat pasaran yang cukup memberangsangkan.

* Produk ikan keli ini adalah salah satu pilihan terbaik sebagai sumber protein bagi rakyat negara ini, mudah di dapati, dijual secara segar di pasar besar, pasar malam, dan kebanyakan pasar raya besar.

* Antara resipi yang paling popular ialah ikan keli goreng bersambal, ikan keli goreng berempah dan ikan keli masak pecel yang popular bagi masyarakat Jawa di Muar, Johor.

* Ketika ini ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah simen atau kolah kanvas.

* Struktur kolam dibina tidak melebihi tiga hingga empat kaki kerana ikan keli mengambil oksigen dari permukaan air dan berenang turun naik di permukaan air.

* Pastikan ada sumber air bersih sebelum pembinaan kolam ternakan dan tentukan ada air masuk serta keluar.

* Punca utama kematian anak benih keli biasanya di makan musuh seperti ikan haruan, burung, biawak, selain faktor kualiti air dan makanan tidak sesuai.

* Ramai pengusaha tempatan yang sudah berkursus dengan Jabatan Perikanan mampu menghasilkan anak benih keli.

* Sperma daripada keli jantan yang dikeluarkan dengan membelah perut di gaul dengan sperma daripada keli betina yang dikeluarkan dengan mengurut bahagian telur.

* Ikan keli kini menggunakan pelet makanan ikan yang dihasilkan syarikat pengeluar makanan ikan.

* Kawalan dan pengurusan air amat penting untuk memastikan ikan tidak diserang penyakit kudis atau pecah perut (sering berlaku dalam kolam simen).

* Ikan keli atau catfish sejenis ikan dikatakan mempunyai nyawa panjang dan ia mampu berjalan di atas tanah menggunakan siripnya untuk bergerak dari satu lubuk ke lubuk yang lain.

* Ikan keli juga menyusup atau masuk ke dalam lumpur untuk beberapa lama apabila datang musim kemarau atau musim kering.

* Penyelidikan Technology Park Malaysia (TPM) mendapati ikan keli mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon.

* Kadar lemak dalam ikan keli (sembilan hingga 12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan ikan air tawar dan masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.

* Penyelidikan yang dikendalikan Institut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati ikan keli diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik.

* Ia kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolesterol dan lemak tepu. Ia adalah ideal untuk diet kesihatan.

* Mengikut satu kajian diterbitkan Jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan.

* Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.

Sumber: Harian Metro - Variasi
Post a Comment