My Followers

Cara hilangkan bau hanyir daging


Di samping itu, ada individu tidak memakan daging kerana tidak gemarkan baunya yang hanyir, namun ada cara mudah mengatasi masalah itu.

Apa yang perlu dilakukan ialah membasuh daging berkenaan menggunakan air basuhan beras. Basuh sehingga daging putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga akan hilang dengan sekata.

Selain itu, boleh juga campurkan segenggam tepung gandum dalam daging berkenaan dan biarkan seketika. Kemudian basuh campuran daging dan tepung berkenaan menggunakan air bersih.

Di samping itu, boleh juga menggunakan perahan air asam limau nipis atau asam jawa.

Jika menggunakan teknik melembutkan daging dengan buah betik atau buah nanas, ia bukan saja boleh melembutkan daging berkenaan tetapi bau hanyir daging turut hilang.

Sementara itu, antara petua boleh digunakan untuk membeli daging adalah memilih daging lembu yang baru disembelih.

Jika membeli daging import, jangan terus disimpan di dalam peti sejuk, sebaliknya gantung daging untuk melembutkan serat ototnya terlebih dulu.

Kemudian barulah ia disimpan dalam bahagian paling sejuk di dalam peti sejuk.

Pastikan daging dimasak, tidak lebih tiga hari daripada tarikh pembelian.

Sekiranya membeli daging beku, pengguna tidak dapat menikmati kesegaran dan perisa semula jadi daging sebaliknya daging menjadi kering dan liat.

Ini disebabkan kehilangan air pada daging apabila proses melembutkannya dijalankan.

Justeru, dapatkan daging segar yang baru disembelih untuk menjamin keenakannya apabila dimasak.

Panduan menyimpan daging beku

Apabila membeli daging beku di pasar raya, terdapat banyak perkara yang tidak diberikan perhatian kerana daging beku ini mengalami kekurangan banyak zat.

Oleh itu, ada beberapa perkara perlu diambil kira antaranya cara penyimpanan di peti sejuk supaya daging berkenaan tahan lama. Antara panduan yang boleh digunakan:

- Sebelum dimasukkan ke peti sejuk, bungkus daging menggunakan plastik kedap udara dan simpan di bahagian penyejuk dengan suhu 18 darjah Celsius.

- Jika ingin memasak daging berkenaan, biarkan daging mencair di bahagian tengah peti ais. Oleh itu, jika ingin memasak daging terbabit, keluarkan daging yang beku sehari sebelumnya dan biarkan di tempat yang tidak terlalu dingin, supaya tidak mencair secara tiba-tiba. Perubahan suhu yang terlalu cepat boleh membuatkan hilang khasiatnya.

- Selain itu, boleh mencairkan daging dengan mengeluarkannya dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik. Proses pencairan sejuk beku berkenaan memang cepat, tetapi waktu masak daging biasanya terasa sedikit keras.

- Daging yang sudah dikeluarkan dari peti sejuk untuk dimasak sebahagiannya sudah mencair, sebaiknya tidak dimasukkan kembali ke dalam peti sejuk dan dibekukan sekali lagi.

- Sediakan hidangan dengan segera apabila daging beku terbabit sudah lembut bagi mengekalkan rasanya.

Sumber:  Harian Metro - Variasi 
Post a Comment