My Followers

Kacang buncis



* Nama saintifiknya Phaseolus vulgaris.

* Kacang buncis adalah sayuran berkacang yang mempunyai tinggi kandungan protein.

* Sayuran ini dipercayai berasal dari Selatan dan Sentral Amerika.

* Kacang buncis dipasarkan secara terbuka dan dijual segar, dalam tin, atau dibeku.

* Selalunya ia dimasak secara goreng atau direbus.

* Kacang buncis kaya dengan protein, lemak, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, potassium, sodium, zink, vitamin A, B, D, dan kanji.

* Kandungan zat besinya membantu penghasilan sel darah.

* Pokok kacang buncis tumbuh melilit, mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang serta memerlukan pancang untuk memanjat.

* Sayur ini juga membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.

* Ujian makmal menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.

* Akar pokok kacang buncis terdiri dari akar tunjang (90 sentimeter dalam) dan daripadanya berkembang akar lateral yang meluas.

* Daunnya berbentuk oval lebar dengan mempunyai bunga warna putih, merah jambu atau kuning, manakala pendebungaan secara sendiri.

* Pokok ini memerlukan suhu antara 25 hingga 35 darjah celsius dengan taburan hujan 168 milimeter per bulan.

* Terdapat beberapa jenis tanah sesuai untuk tanaman itu seperti gambut, beris dan tanah bekas lombong.

* Tanah yang dipilih perlu dibajak dan digembur dan batas dibentuk selebar 1.2 meter dan tinggi 20 hingga 30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam ketika pembajakan pada kadar tiga hingga 7.5 tan per hektar bagi tanah gambut, satu hingga tiga tan per hektar (tanah beris) dan tiga hingga lima tan per hektar bagi tanah mineral.

* Jenis bahan tanaman adalah melalui biji benih dan biji benih ditanam terus ke batas.

* Selepas 10 hari penjarangan dibuat, hanya satu anak benih yang paling cergas ditinggalkan.

* Sistem trellis digunakan dengan kayu junjung disediakan sebulan selepas menanam.

* Daun-daun yang berpenyakit dan berlebihan di bahagian bawah pokok perlu dicantas.

* Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.

* Kos bahan bagi sistem ini adalah RM5,000 hingga RM8,000 sehektar.

* Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran, manakala parit ladang dibina untuk menyalirkan air bertakung ke parit utama.

* Jenis serangga perosak seperti lalat kacang dan ulat pengorek buah.

* Kacang buncis dikutip antara enam hingga tujuh minggu selepas ditanam.

Sumber: Harian Metro - Variasi

Post a Comment