My Followers

Pilih warna ikut rona kulit



* Mereka yang memiliki warna kulit agak gelap sebaiknya memilih rona yang kontras dengan diri anda. Antara warna yang sesuai dengan mereka ialah putih, merah jambu, kelabu dan biru lembut.

 Untuk mereka yang berkulit gelap, sebaiknya elak daripada memilih warna sama dengan kulit anda seperti coklat gelap, hitam, ungu kemerah-merahan atau merah tua, biru firus dan hijau muda.
 
 Paduan warna terang dan gelap boleh dicuba mengikut kegemaran anda asalkan tidak memilih warna hijau kelabu, merah atau coklat gelap.
 
  * Bagi mereka yang berkulit sawo matang, boleh memilih rona ungu dan merah manggis untuk tampak lebih menarik.
 
  * Mereka yang berkulit kuning langsat biasanya tampak lebih cantik jika mengenakan warna seperti jingga, hijau, kuning dan biru yang menjadi pilihan terbaik untuk digayakan.
 
  * Memiliki kulit putih tidak menjadi masalah untuk memadankan warna bersesuaian. Rona lembut dan pastel sememangnya antara pilihan terbaik untuk menampilkan gaya yang lebih menggoda dan bersahaja.
 
  Warna yang sesuai untuk anda yang berkulit cerah ini ialah coklat, biru terang, beige dan biru gelap manakala rona yang perlu dielakkan termasuk ungu, merah, jingga dan kuning.  Namun, jika anda berani, tidak salah membuat padanan sendiri agar tampak lebih unik dan kreatif.

Sumber: Harian Metro - Variasi - Oleh Hajahfarhana Tarmudi 

Post a Comment