Tuesday, February 5, 2013

Pilih tudung ikut warna baju

ADA wanita beranggapan tudung adalah perkara kedua atau tidak perlu diberi perhatian. Namun sebenarnya pemilihan tudung sama pentingnya dengan baju.

Ini termasuk warna, jenis fabrik serta reka bentuk tudung yang sesuai dengan penampilan wanita Muslimah. Tudung seharusnya dipilih berdasarkan warna baju. Walaupun ada yang ingin tampil kontras, penampilan anda agak kurang sempurna.

Berikut disertakan panduan memilih gaya tudung:

* Untuk majlis kenduri kahwin dan majlis makan malam, cari tudung atau selendang yang agak berbeza daripada tudung biasa. Disarankan menggunakan selendang yang ada renda atau manik berlebihan.

* Bagi yang bertubuh besar, elakkan tudung menutup bahu kerana ia menampakkan anda lebih berisi. Sebaiknya dedahkan bentuk bahu walaupun anda selesa menutup dada.

* Pilih tudung bercorak untuk disesuaikan dengan baju yang tidak berbunga begitu juga sebaliknya.

* Jika baju anda berbunga, pilih tudung kosong.

* Elak daripada memilih corak besar jika anda tidak mahu kelihatan terlalu gemuk.

* Bagi mereka yang kurus pula, tampilkan warna hitam atau garang manakala corak besar sedikit bagi menyeimbangkan penampilan anda supaya tidak kelihatan terlalu kurus.

* Untuk tudung siap pastikan saiz tudung sesuai dengan bentuk muka.

* Jika menggunakan kain yang tidak licin, tidak perlu guna anak tudung. Ini akan memberikan keselesaan kepada pemakai.

* Antara kain yang sesuai untuk dijadikan tudung ialah kain bawal, cita campuran, viscose, sutera dan sifon.

* Jika menggunakan cekak untuk menggantikan anak tudung, guna cekak yang nipis dan leper.

* Pastikan anak tudung tidak dipamerkan sama dengan tudung. Penampilan akan lebih muda jika anak tudung tersorok.

* Pilih susunan corak yang tidak terlalu tertumpu di sekeliling wajah.

* Untuk tudung yang mempunyai kaki di sekelilingnya, pastikan kaki hanya tertumpu di bahagian hujung. Pastikan kawasan kepala bebas daripada sebarang corak.

* Gunakan kain polos yang berhias kerawang atau jemeki secara berselerak atau tertumpu di kaki tudung saja jika menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi.

* Jangan guna corak abstrak yang kontras dengan budaya Islam seperti kepala buah catur atau unsur binatang seperti harimau atau kuda belang. Unsur ini dianggap kurang sesuai dan tidak sopan.

* Jika memilih corak bunga (seperti yang biasa terdapat pada tudung Turki), jangan campur adukkan dengan baju yang bercorak bunga jenis kontras.

* Jangan pakai tudung yang sedondon daripada segi warna dan corak dengan baju. Ia tidak menarik.

* Pilihan tudung yang tepat adalah dengan memilih warna tanah pada baju untuk dijadikan warna tudung.

* Jika warna baju cerah, pilih warna tanah tudung yang lembut daripada kategori yang sama.

* Jika warna tanah baju gelap atau suram, pilih warna paling lembut yang terdapat pada baju.

* Pilih fabrik yang melekat pada rambut. Secara tak langsung, tudung akan terletak cantik di kepala.

Sumber: Harian Metro - Variasi

No comments: