Tuesday, February 5, 2013

Buah betik




* Nama saintifiknya `Carica Papaya Linn' daripada keluarga `Caricaceae'.

* Buah ini berasal dari negara tropika Amerika, namun ia kini banyak ditanam di negara tropika dan subtropika dunia.

* Orang Sepanyol membawa spesies betik ini ke Filipina dan kemudian dibawa ke Malaysia.

* Kawasan utama penanaman buah ini adalah di Selangor, Johor dan Perak.

* Betik yang separuh matang dan keras digunakan dalam pembuatan rojak bersama buah-buahan lain seperti timun, nanas dan mangga.

* Betik muda sesuai untuk dijadikan halwa (jeruk manis).

* Buah ini boleh dijadikan sebagai manisan untuk hantaran peminangan atau perkahwinan dengan mengukir buah yang muda kepada bentuk kelopak bunga sebelum dibuat dijeruk.

* Betik muda mempunyai kegunaan tersendiri dalam petua orang Melayu, antaranya menghaluskan tumit kaki yang pecah.

* Getah betik muda berbahaya kerana jika ia terkena mata akan mengakibatkan bahagian berkenaan gatal dan membengkak seperti digigit serangga.

* Buah betik yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut.

* Betik Eksotika lebih sesuai dibelah dua dan dimakan menggunakan sudu.

* Betik masak boleh dijadikan jem, puri, jus minuman, perisa aiskrim dan puding.

* Betik matang yang tidak begitu ranum boleh juga dimasak sebagai sayur manakala daun betik boleh direbus dan dimakan sebagai sayur bersama sambal belacan.

* Bagi sesiapa yang menghidap demam malaria, selain daripada berubat dengan kaedah moden, boleh juga diikhtiarkan seperti amalan perubatan tradisional.

* Tumbuk segenggam daun betik dan perah airnya. Air perahan itu dicampurkan pula dalam satu besen air bersih dan dikacau beberapa ketika.

* Mandikan pesakit dengan air daun betik selama dua atau tiga kali sehari dan lapkan ke seluruh badan.

* Betik boleh digunakan untuk melembutkan daging kerbau yang liat.

* Pokok betik mempunyai tisu yang lembut, berakar rerambut dan tahan sepanjang tahun.

* Batang pokok berlubang di bahagian tengah dan boleh mencapai ketinggian hingga lapan meter dengan daun berjambak di bahagian atas.

* Buah betik mempunyai saiz yang berbeza-beza antaranya bujur, kulit yang licin, berwarna hijau dan bertukar kuning atau oren apabila matang.

* Isinya juga berbeza sama ada kekuningan hingga kemerahan tomato. Bahagian tengah buah berlubang dan di sekeliling dindingnya dipenuhi biji berwarna hitam.

* Betik memerlukan taburan hujan yang seimbang untuk proses pendebungaan iaitu 1,200 milimeter (mm) dengan suhu antara 21 hingga 33 darjah Celsius.

* Betik tidak sesuai ditanam di kawasan angin yang kuat kerana menyebabkan pokok rebah atau tumbang.

No comments: