Thursday, January 31, 2013

Rahsia warna lipstik



Warna Merah

Merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka. Buruk akibatnya nanti! Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.

Warna Coklat

Warna ini menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.

Lip Gloss Tanpa Warna

Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan natural kerana ia tanpa warna. Malah paling tidakpun, mereka hanya memilih pengilat bibir mengikut warna bibir. Walaupun tanpa warna, ia tetap memberikan kesan tersendiri. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan diri.

Warna Ungu

Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sofistikated dan punya per tahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini.

Sumber:  Harian Metro - Variasi 

No comments: