Wednesday, January 30, 2013

Hempedu bumi



* Nama saintifik, `andrographis paniculata' iaitu sejenis tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian mencapai 60 hingga 70 sentimeter (sm).

* Herba dikenali sebagai pokok akar cerita banyak ditemui di negara India, Thailand dan Indonesia dan digunakan sebagai ubat oleh kebanyakan penduduk di rantau Asia.

* Ia boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis manakala kaedah rebusan daun digunakan untuk diminum.

* Selain itu, ia sesuai untuk mengubati kegatalan kulit atau terkena gigitan serangga iaitu daun ditumbuk dan disapukan pada tempat berkenaan.

* Sebatian aktif `andrograpolide' dari kumpulan 'diterpenoid lactone' yang terdapat dalam hempedu bumi dengan kadar antara 65 hingga 70 peratus serta mempunyai rasa pahit sekali gus berpotensi HEMPEDU BUMI dijadikan bahan pencegah kanser, antiradang dan antivirus.

* Daun hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin, tersusun secara bersilang, selain turut mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

* Pokok herba ini boleh dibiak dengan menggunakan biji benih dan ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 30sm antara setiap pokok.

* Hempedu bumi mempunyai batang bersegi empat dan berdahan banyak manakala bunga terdapat di `panicle' penghujung dan `axillary' berukuran dua hingga lima sentimeter panjang.

* Bunga hempedu bumi adalah `bisexual', berwarna putih, tidak berbau dan tidak mempunyai bentuk tertentu.

* Mereka yang mengusahakan penanaman pokok herba ini boleh mengutip hasil pada minggu ke lapan atau ke sepuluh.

* Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul lemak di sekeliling salur darah tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.

* Khasiat terkandung dalam hempedu bumi membolehkan tanaman berkenaan kini ditanam secara komersial untuk diproses menjadi produk teh dan ekstrak

Sumber: Harian Metro - Variasi 

No comments: