SECARA khusus, zakat mempunyai banyak hikmah dan erti dalam kehidupan umat manusia, terutama berkaitan Allah atau hubungan sosial kemasyarakatan di antara manusia, antaranya:
1. Dapat menyucikan diri dari dosa, membersihkan diri daripada perasaan bongkak dan tamak pembayar zakat.
2. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
3. Sebagai ungkapan syukur ke atas nikmat yang diberikan Allah di kalangan orang yang berada, kerana asal kekayaan itu adalah daripada Allah.
4. Sebagai sokongan moral kepada orang yang baru masuk Islam (muallaf).
5. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummah.
6. Membanteras penyakit iri hati, rasa benci dan dengki orang fakir dan miskin terhadap orang kaya selain pengikat silaturahim antara golongan kaya dengan yang miskin dan penghapus jurang yang menjadi pemisah antara golongan yang kuat dengan yang lemah.
7. Memberikan peluang kepada golongan kaya untuk beramal ibadat melalui mengeluarkan zakat dengan mengagihkan sebahagian kecil kekayaan mereka kepada golongan yang kurang berada.
8. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan Allah di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
9. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
10. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredai Allah.
11. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
No comments:
Post a Comment