Fakta mengenai khasiat buah mangga mungkin menarik perhatian golongan lelaki.
Kajian mendapati mangga membuatkan pengaliran darah dalam tubuh lelaki berjalan lancar terutama ketika melakukan hubungan seksual.
Makan kerap mangga sekali gus membentuk gaya hidup seks lebih sihat. Namun, mangga ternyata mempunyai rahsia tersendiri tidak saja baik untuk lelaki, malah ia membantu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti radang kulit, asma, gangguan penglihatan dan gusi berdarah.
Mangga juga kaya vitamin antioksidan seperti vitamin C dan E. Satu mangga mengandung tujuh gram serat yang dapat membantu sistem pencernaan.
Mangga juga kaya mineral dan karbohidrat, selain mengandungi antioksidan yang berfungsi melawan radikal bebas, penyebab pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kardiovaskular.
Hakikatnya, gabungan khasiat yang banyak dan rasa enak boleh dikecapi maka tidak hairanlah jika ia menjadi antara buah paling digemari rakyat di negara ini seperti dapatan hasil kaji selidik dijalankan MBC Yes Fruits mengenai buah-buahan sempena Hari 1Malaysia.
Durian nombor enam
Kaji selidik membabitkan 5,326 rakyat Malaysia menunjukkan, lima buah paling digemari ialah mangga iaitu sebanyak 64 peratus, diikuti anggur (58 peratus), tembikai (53 peratus), epal (50 peratus) dan buah naga (47 peratus).
Menariknya, hasil kaji selidik itu mendapati, raja buah, durian menduduki tempat keenam dengan jumlah 46 peratus. Buah-buahan kurang dikenali, kurang difahami dan diterima pula iaitu pisang kaki (23 peratus) dan buah berbiji keras seperti plum, peach dan nektarin (masingmasing 25 peratus).
Pengarah Urusan MBG, Adnan Lee, berkata kaji selidik itu memperlihatkan tabiat dan kegemaran makan buahbuahan rakyat Malaysia.
"Hasil kaji selidik MBG diumumkan sempena Hari 1Malaysia itu turut mencerminkan penyatuan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia." katanya.
Menjelaskan mengapa mangga menduduki tempat teratas katanya, buah berkenaan manis, berair, berbau harum dan boleh didapati dalam pelbagai jenis.
"Dari jauh kita boleh bau keharuman buah itu dan sertamerta menawan hati rakyat Malaysia. Anggur mendapat tempat kedua kerana manis, menarik dan terkenal kerana kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Paling digemari ialah anggur tanpa biji," kata Adnan.
Buah naga turut digemari
"Ada lebih 10 jenis epal untuk dinikmati atau dibuat jus. Buah naga melengkapkan senarai lima buah paling digemari. Walaupun baru `ditemui' beberapa tahun dulu, buah naga semakin digemari kerana rupanya yang menarik dan khasiatnya kepada kesihatan terbukti secara saintifik," jelasnya.
Adnan berkata, hasil kaji selidik yang mungkin mengejutkan ialah kedudukan durian yang hanya tersenarai tempat 10 teratas.
Katanya, memperlihatkan masyarakat yang lebih mementingkan kesihatan, sesetengah responden menyatakan mereka hanya makan durian sekali-sekala kerana raja buah ini terlalu mengenyangkan, menggemukkan dan `panas' terutama pada cuaca panas.
Buahb-uahan seperti pisang kaki dan plum kurang popular kerana dianggap mahal dan terlalu cepat masak.
"Orang ramai patut makan lebih banyak pisang kaki kerana ia kaya dengan nutrien dan jika gemarkan pisang kaki dari Korea yang lazat, rangup dan manis, ia boleh didapati pada Oktober dan November pada harga sangat berpatutan. Plum juga kaya dengan antioksidan dan baik untuk kesihatan.
Pentingkan kesihatan
"Rakyat Malaysia gemarkan buah-buahan manis, berair dan tidak terlalu sukar untuk dikupas seperti mangga, anggur, tembikai, epal dan buah naga. Buah-buahan paling digemari ini juga sangat berkhasiat untuk kesihatan dan ini menunjukkan mereka lebih mementingkan kesihatan.
Hasil kaji selidik itu menunjukkan rakyat Malaysia tidak lupa mengambil buah-buahan bagi penjagaan kesihatan. Ini dibuktikan apabila 56 peratus rakyat di negara ini makan buah setiap hari, manakala 37 peratus buah sekurang-kurang dua hingga tiga kali seminggu.
Seramai 81 peratus responden makan buah-buahan untuk menjaga kesihatan manakala 13 peratus makan buah-buahan sebagai snek. Hanya sebilangan kecil makan buah untuk kecantikan dan tenaga.
Hasil kaji selidik menunjukkan, rakyat Malaysia membeli buah-buahan disebabkan kualiti (68 peratus) dan kesenangan (17 peratus).
Sumber: Berita Harian - Famili - Oleh Nor Affizar Ibrahim
1 comment:
Hari yang baik untuk semua warga negara Indonesia, nama saya Nurul Yudianto, tolong, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya yang sebenarnya di sini di platform ini sehingga semua warga negara Indonesia berhati-hati dengan pinjaman peminjam di internet dari NIGERIA dan lainnya bagian dari AFRIKA,
Setelah beberapa waktu mencoba mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman online tetapi saya menipu dan kehilangan Rp18,7 juta, untuk seorang wanita di saudi arabia dan Nigeria.
Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berdiskusi dengan teman saya Ny Rika Nadia (rikanadia6@gmail.com) yang kemudian memperkenalkan saya kepada Lady Esther, manajer Cabang Access Loan Firm, jadi teman saya meminta saya untuk melamar dari LADY ESTHER, jadi I Screams menuangkan dan menghubungi LADY ESTHER. via email: (estherpatrick83@gmail.com)
Saya mengajukan pinjaman sebesar Rp200 juta dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk transfer pinjaman, saya diperintahkan untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi untuk mentransfer kredit I dan dalam waktu kurang dari satu setengah jam uang pinjaman telah dimasukkan ke dalam rekening bank saya.
Saya pikir itu lelucon sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa akun saya telah dikreditkan dengan jumlah Rp200 juta. Saya sangat senang bahwa akhirnya Tuhan telah menjawab doa saya dengan buku pinjaman dengan pinjaman awal saya, yang telah memberi saya keinginan hati saya.
Semoga Tuhan memberkati LADY ESTHER untuk mewujudkan kehidupan yang adil bagi saya, jadi saya menyarankan siapa pun yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. LADY ESTHER dengan baik melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) atas pinjaman Anda
Akhirnya saya ingin berterima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenarnya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa kepada Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut melalui email saya: (nurulyudianto2@gmail.com) Salam
Post a Comment