Monday, October 1, 2012

Cegah tipu


Puan Noor: Anak saya degil, menipu, tidak mendengar kata dan mudah mengamuk. Saya sentiasa menegah mereka berkelakuan begitu. Ada pendapat mengatakan perangai anak diwarisi keluarga terdekat. Malah, anak kedua saya berusia hampir tiga tahun, juga terbawa-bawa sifat mengamuk dalam tidur. Apakah kaedah memastikan mereka tidak menipu dan berperangai baik?

Ibu Risau.


Pembinaan sahsiah, personaliti atau keperibadian tinggi terpuji antara aspek paling penting mengasuh dan mendidik anak. Dua elemen penting memberi kesan dalam proses pembentukan sahsiah mereka, iaitu elemen umum dan elemen khusus.

Persekitaran alam semula jadi mengelilingi kehidupan kanak-kanak, norma dan tatasusila peradaban masyarakat di mana kanak-kanak itu tinggal, bahan berbentuk `materials' atau kebendaan manakala sesuatu berbentuk pengisian jiwa seperti asas agama, pemikiran, falsafah hidup dan sebagainya, kesemuanya itu dikategorikan sebagai elemen umum.

Elemen khusus merujuk kepada diri atau individu kanak-kanak dan remaja. Pendidikan diperoleh di rumah dan di sekolah, semua elemen ini memainkan peranan secara langsung membentuk perwatakan dan sahsiah mereka.

Justeru, setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, si kecil `belajar' bercakap benar atau bohong dari persekitarannya. `Menipu' suatu yang abstrak dan si kecil `menipu' atau 'berbohong' hanya kerana dia melihat orang dewasa yang rapat dengannya melakukan perkara itu meskipun dia sendiri mungkin tidak memahami apakah yang dimaksudkan perbuatan itu.

Sebagai contoh, bila si kecil menjawab panggilan telefon dan diminta memberitahu ayahnya tiada di rumah sedangkan ayahnya ada, sudah pasti sukar bagi si kecil menjauhi sifat menipu pada masa depan.

Jenis pembohongan

Pelbagai jenis `pembohongan' biasa dilakukan si kecil dan ia berpunca daripada beberapa faktor. `Pembohongan' berasaskan pemikiran imaginatif dan kreatif dan berlaku kepada kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun.

Anak mungkin bercakap atau bercerita tentang sesuatu perkara berdasarkan khayalan atau sifat imaginasinya dan ini selari dengan ciri-ciri semula jadi kanak-kanak di peringkat usia ini yang belum boleh membezakan antara realiti atau fantasi.

Apabila si kecil semakin membesar dan pemahamannya tentang perbezaan realiti dan fantasi sudah semakin jelas, penceritaannya akan lebih berasaskan kepada realiti bukan lagi imaginasi.

Ada anak menipu kerana tekanan daripada ibu bapanya yang terlalu garang dan bersikap autokratik. Anak menipu untuk mengelak dihukum atau dimarahi dan mungkin menipu kerana perasaan cemburu menebal terhadap adiknya lantas mengada-adakan cerita adik atau abangnya buat sesuatu tidak elok dengan harapan mereka akan dimarahi. Ia berlaku kerana ibu bapa mungkin berlaku tidak adil terhadap anaknya meskipun dalam situasi yang tidak disengajakan.

Ada anak menipu atau reka cerita bertujuan ingin disukai atau meminta perDr hatian terutama jika cerita itu akan menyebabkan orang lain terhibur dan rasa lucu bila mendengarnya.

Cara atasi

Ibu bapa wajar mengenal pasti punca anak begitu. Bagi anak berusia enam tahun ke bawah, jelaskan kepadanya dengan tenang dan lembut tentang perbezaan antara realiti dan fantasi.

Anak melepasi usia itu, jelaskan kepadanya dengan penuh kasih sayang dan dalam keadaan tenang tanpa ada unsur tekanan mengenai kepentingan sikap amanah, benar dan berlaku jujur dalam kehidupan melalui contoh yang dapat menambat emosi mereka.

Beri keyakinan kepada anak agar dia percaya terhadap dirinya sendiri dan bimbing menyelesaikan sesuatu masalah dihadapi tanpa perlu berbohong. Wajar dilakukan ibu bapa menghukum anak bila dia cuba bercakap benar tentang sesuatu kesalahan dilakukannya untuk mengelak menipu.

Bagi menenangkan anak selalu mengamuk dan tidak tenteram jiwanya, pupuk keupayaan mengawal selia emosi dalam dirinya secara beransur-ansur. Kebolehan mengawal selia emosi ini tidak wujud sebaik bayi dilahirkan sebaliknya kemahiran perlu dipelajari sejajar dengan kematangan pemikirannya dan sejauh mana persekitaran orang paling rapat dengannya dapat memberikan sokongan. Ibu bapa kena tenang dan kawal emosinya.

Anak berusia tiga tahun, emosi dialami amat sukar diluahkan dengan katakata. Emosi gembira, marah, geram, benci, sedih, cemburu adalah bersifat abstrak. Bantu untuk memahami dan mengenal pasti perasaan sedang dialaminya Jangan menafikan perasaan sedang dialaminya, sebaliknya peluk kuat-kuat dan katakan dengan penuh ketenangan dan keyakinan.

INFO

Tip kawal emosi anak

* Kawal selia emosi anda dulu sebelum mengawal emosi anak.

* Luahkan emosi anda sendiri dengan kata-kata sedap didengar.

* Memperakui terlebih dulu sesuatu perasaan atau emosi sedang dialaminya dan ambil tindak balas berdasarkan emosinya.

* Jangan galakkan atau membiarkan anak meluahkan emosi dengan tindakan agresif, sebaliknya suruh lepaskan perasaan dengan lari di luar rumah, bermain air dan sebagainya.

* Galakkannya bercakap tentang emosi dialaminya.

* Ajak anak bermain atau membuat aktiviti penggunaan bahasa berkaitan dengan perasaan dan memahami perasaan orang lain.

* Bantu tenangkan dirinya dengan strategi tertentu seperti, duduk diam, tarik nafas panjang-panjang, kira 1,2,3 dan sebagainya.

Sumber : Berita Harian - Famili - Oleh Dr Mastura Badzis

1 comment:

NURUL YUDIANTO said...

Hari yang baik untuk semua warga negara Indonesia, nama saya Nurul Yudianto, tolong, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya yang sebenarnya di sini di platform ini sehingga semua warga negara Indonesia berhati-hati dengan pinjaman peminjam di internet dari NIGERIA dan lainnya bagian dari AFRIKA,

Setelah beberapa waktu mencoba mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman online tetapi saya menipu dan kehilangan Rp18,7 juta, untuk seorang wanita di saudi arabia dan Nigeria.

Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berdiskusi dengan teman saya Ny Rika Nadia (rikanadia6@gmail.com) yang kemudian memperkenalkan saya kepada Lady Esther, manajer Cabang Access Loan Firm, jadi teman saya meminta saya untuk melamar dari LADY ESTHER, jadi I Screams menuangkan dan menghubungi LADY ESTHER. via email: (estherpatrick83@gmail.com)

Saya mengajukan pinjaman sebesar Rp200 juta dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk transfer pinjaman, saya diperintahkan untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi untuk mentransfer kredit I dan dalam waktu kurang dari satu setengah jam uang pinjaman telah dimasukkan ke dalam rekening bank saya.

Saya pikir itu lelucon sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa akun saya telah dikreditkan dengan jumlah Rp200 juta. Saya sangat senang bahwa akhirnya Tuhan telah menjawab doa saya dengan buku pinjaman dengan pinjaman awal saya, yang telah memberi saya keinginan hati saya.

Semoga Tuhan memberkati LADY ESTHER untuk mewujudkan kehidupan yang adil bagi saya, jadi saya menyarankan siapa pun yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. LADY ESTHER dengan baik melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) atas pinjaman Anda

Akhirnya saya ingin berterima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenarnya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa kepada Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut melalui email saya: (nurulyudianto2@gmail.com) Salam