My Followers

Amalan lestari semasa membeli belah

1. BELI sayur-sayuran dan buah-buah dari ladang organik (menggunakan baja organik / kompos dan tanpa racun makhluk perosak).

2. Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan.

3. Beli produk keluaran tempatan (Buatan Malaysia). Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang keluar semasa proses penghantaran.

4. Beralih ke barangan yang boleh digunakan semula. Ini mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga. lampin pakai buang adalah bahan yang tidaj boleh lupus dengan sempurna.

5. Jangan beli barang-barang yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengekalkan biodiversiti yang menjamin keseimbangan alam sekitar.

6. Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas "styroffoam" yang tidak boleh lupus.

7. Rancang pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu. Cara ini juga akan membantu para pengguna untuk berjimat.

8. Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan bahan api dan masa . Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja. Sebaik-baiknya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanan untuk mengurangkan pencemaran udara.

9. Bertukar kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plunbum ke atmosfera.

10.Pilih peralatan bebas  kloroflorokarbon (CFC) serta mesra alam yang menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.

11. Sewa / pinjam barang yang jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpan barang dan wang.

12.Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, peralatan memasak dan lain-lain. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan semula.

13. Bawa beg sendiri untuk membeli-belah. Beg plastik tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa antara 150 sehingga 500 tahun untuk diuraikan.

14. Gunakan bateri yang dicaj semula dan tanpa cadmium untuk semua peralatan elektronik yang memerlukan bateri.

15. Pilih barang yang kurang menggunakan bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal. Membeli barangan secara pukal dan yang boleh diisi semula kandungannya lebih murah dan menjimatkan pembungkusan.

16. Fikir dahulu sebelum membeli. Beli apa yang anda  perlukan dan bukan yang anda mahu.

17. Lakukan pembelian secara atas talian (online) untuk mengurangkan kos pengangkutan. Berhati-hati semasa melakukan pembelian secara ats talian dan elakkan diri anda dari ditipu.

18. Beli barangan yang diperbuat daripada kertas atau bahan kitar semula.

19. Apabila hendak menukar atau membeli barangan elektrik yang baru, pilihlah model berlabel "Energy Star" yang menjimatkan tenaga serta wang.

Sumber: Harian Metro - Tue, Jul 31, 2012 - 1Klassifieds 
Post a Comment