KITA sering tertanya-tanya apakah resipi terbaik untuk cemerlang dalam pelajaran. Adakah kerana kepandaian semula jadi ataupun sikap rajin memungkinkan seseorang boleh berjaya.
Ramai ahli akademik percaya, kejayaan seseorang bukan hanya bergantung pada anugerah semata-mata, tetapi perlu diselarikan juga dengan teknik betul sewaktu mengulang kaji.
Teknik yang betul akan memberi kelebihan kepada pelajar untuk mencipta kecemerlangan sekali gus memenuhkan masa mengulang kaji dengan kualiti.
Antara teknik belajar yang boleh dijadikan panduan ialah;
1. Pilih suasana belajar tenang dan selesa. Jangan memilih suasana bising atau banyak gangguan kerana akan menjejaskan tumpuan.
2. Memilih masa yang sesuai untuk mengulang kaji contohnya pada waktu awal malam.
3. Memperuntukkan masa sekurang-kurangnya dua jam untuk mengulang kaji secara serius.
4. Tumpukan sepenuh perhatian waktu pembelajaran di sekolah terutama ketika guru sedang mengajar.
5. Menyusun atur semua nota dengan kemas, bersih serta mudah dibaca. Nota yang tidak teratur hanya akan memeningkan lagi tumpuan pelajar.
6. Cari teknik sesuai supaya lebih faham antaranya membaca, menghafal dan memahami. Istilah atau nota ringkas yang penting perlu digariskan.
7. Membuat jadual belajar. Pastikan jadual yang dibuat itu boleh diikuti.
8. Jangan bazirkan masa dengan melakukan perkara tidak berfaedah.
Sumber: Harian Metro - Mon, Jun 18, 2012 - Variasi

No comments:
Post a Comment