My Followers

Panduan untuk ibu

CACING KANAK-KANAK sering dijangkiti cacing. Ada banyak jenis cacing seperti cacing gelang, kait, cambuk dan kerawit. Anak dijangkiti cacing apabila termakan telur cacing yang halus biasa terdapat di celah kuku dan tangan mereka yang tidak dicuci sebelum makan. Telur cacing juga didapati dalam makanan tidak bersih. Cacing kait pula boleh masuk melalui kaki anak yang tidak berkasut.


Cacing matang akan hidup dalam usus anak dan memakan makanan yang ditelan anak. Cacing juga menyedut darah dan lama-kelamaan anak menjadi pucat.

Amalan kesihatan yang baik menolong menghapuskan jangkitan cacing.

Tanda dijangkiti cacing

* Kebanyakan anak tidak mempunyai tanda.

* Gatal di dubur, muntah cacing, najis bercacing (cacing kerawit, cacing
gelang).

* Pucat, letih-lesu.

Tindakan ibu bapa

* Basuh sayur dan buah sebelum dimakan.

* Basuh tangan ketika menyiapkan makanan dan sebelum makan.

* Jauhkan anak daripada kawasan kotor, berlumpur dan bertanah.

* Jangan membiarkan anak berkaki ayam ketika berjalan atau bermain di luar rumah.



Rujuk kepada doktor

* Untuk meminta nasihat.


* Mencari sebab lain anak pucat dan letih lesu.

Nota: Kanak-kanak boleh diberi ubat cacing (seperti Combantrin dan Zentel) satu hingga dua kali setahun.


Sumber: Penyakit Kanak-Kanak A - Z Panduan untuk ibu bapa oleh Prof Madya Dr Zulkifli Ismail dan Dr Iean Hamzah Sendut.
Post a Comment