Pameran Fotografi 'MYKL' anjuran bersama The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dan Bandar Raya Developments Berhad (BRDB) di Bangsar Shopping Centre, Bangsar, KL |
Raja Nong Chik berkata, walaupun tempoh kempen berlangsung sebulan, usaha itu berkesan menyuntik semangat cintakan bandaraya Kuala Lumpur ke dalam jiwa setiap penghuninya terutama membabitkan penduduk di kawasan flat Projek Perumahan Rakyat (PPR).
"Kempen ini kami mula perkenalkan sebelum Februari lalu dan saya sendiri turun padang ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dekat sini, bagi menggalakkan peniaga dan penjaja untuk mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan dan hasilnya cukup memberangsangkan dan saya berpuas hati," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Pameran Fotografi 'MYKL' anjuran bersama The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dan Bandar Raya Developments Berhad (BRDB) di Bangsar Shopping Centre di sini, semalam.
Pameran sehingga 12 Februari ini, membuka ruang ruang kepada orang ramai terutama generasi muda menghayati hasil seni bina arkitek terdahulu dan semua bahan bersejarah terbabit dalam dilihat menerusi hasil seni fotografi yang dirakamkan sekitar tahun 1900.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Mohammad Azlan Abdullah, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Abdul Jalil Hamid dan Pengerusi Bandar Raya Developments Berhad, Datuk Mohamed Moiz.
No comments:
Post a Comment