Kitar semula sukar dilaksanakan kerana keengganan diri kita sendiri untuk mengubah tabiat harian. Lantaran itu apa jua program kitar semula gagal dijalankan akibat tabiat ini.
Bagaimana pula peranan syarikat?
Syarikat juga memainkan peranan penting dalam membentuk budaya kitar semula kertas di persekitaran pejabat. Ini merupakan satu titik perubahan serta permulaan dalam menerapkan budaya kitar semula di kalangan para pekerja. Penerapan budaya ini di pejabat, turut akan menyemai kebiasaan untuk dilaksanakan di rumah.
Mengapa 3R, bukannya R sahaja?
3R mewakili pengurangan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Pada mulanya kita perlu mengurangkan penggunaan kertas. Ini dapat dibuat dengan tidak membazir kertas dengan membuat salinan berlebihan, jadikan kertas baru sebagai kertas conteng dan banyak lagi.
Guna semula adalah untuk memastikan kita gunakan kertas dengan sepenuhnya sebelum kitar semula. Gunakan keduadua muka surat dan sesetengah kertas boleh digunakan sebagai pembungkus.
Apakah keperluan utama?
Pastikan terdapat satu bekas atau kotak yang ditanda dengan jelas supaya setiap individu ingat akan peranan bekas ini.
Bagaimana memulakannya?
1. MUDAH, pastikan bekas bertanda ini berada berdekatan dengan kawasan seperti tandas, kafeteria, dan bilik fotostat. Jika satu bekas dapat diletak di setiap meja pekerja, ia akan memudahkan lagi proses ini.
2. Pemerhatian dan tindakan. Perhatikan respon pekerja terhadap program ini. Buat pemeriksaan secara mengejut untuk melihat sama ada kertas di buang ke tong sampah atau tidak (jangan melakukan pemeriksaan secara sembunyi - ia mewujudkan rasa kurang senang)
3. Kurangkan penghasilan kertas sampah di syarikat melalui:
* Notis di tampal di lokasi strategik (jangan berikan salinan kepada semua).
* Jangan gunakan muka hadapan untuk faks dokuman.
Mengedit di komputer sebelum mencetak.
* Jika salinan pemeriksaan diperlukan, gunakan kertas guna semula.
* Gunakan kertas kecil untuk memo ringkas.
* Kurangkan penggunaan kertas berwarna, kertas putih mudah di kitar semula.
* Gunakan kertas guna semula untuk mencetak bagi rujukan.
* Guna semula kertas skrap sebagai nota ataupun untuk mengambil mesej telefon.
* Guna semula fail.
* Elakkan pengulangan dalam senarai edaran.
* Pastikan pencetak boleh mencetak dua belah (perlu dilakukan dengan manual).
4. Elakkan pembaziran kertas dengan membatalkan penghantaran yang tidak perlu. Kongsi surat khabar dan majalah.
Perkara yang paling penting adalah sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki program ini serta meningkatkan lagi tahap kesedaran para pekerja dalam menjaga alam persekitaran. Pastikan semua pekerja gembira melakukannya.
Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan adanya masa depan untuk generasi akan datang.
Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

No comments:
Post a Comment