Wednesday, June 22, 2011

TIP - Ruang idaman, praktikal



* Pastikan dapur mengandungi ruang yang cukup pada segi tiga kerja membabitkan sinki, tempat memasak dan peti sejuk.

* Kekalkan permukaan tempat melakukan kerja dengan lantai berdekatan segi tiga kerja bersih dan lapang. Ini memudahkan pergerakan dan menyenangkan kerja anda.

* Pelbagaikan juga ketinggian permukaan tempat bekerja di dapur. Bagi aktiviti yang memerlukan tenaga seperti menguli tepung, ia lebih sesuai dilakukan di permukaan rendah berbanding kerja memerlukan koordinasi mata serta tangan seperti memotong sayur dan herba.

* Jika keadaan di dapur sentiasa sibuk, letakkan peti sejuk di hujung binaan kabinet. Cara begini membolehkan ahli keluarga yang lain keluar masuk ruang dapur tanpa mengganggu `tukang masak'.

* Ketinggian biasa permukaan unit kabinet adalah 900 milimeter dan ia sesuai bagi kerja-kerja penyediaan makanan ringan. Manakala, para atau rak kabinet yang dibina hingga 1,800 milimeter membolehkan anda mencapai barangan dengan mudah. Ketinggian seterusnya membabitkan penyimpanan barang-barang jarang digunakan.

No comments: