Monday, June 13, 2011

Tip beli keperluan dapur


1. Selalu praktikkan keluar membeli-belah dengan senarai barang yang hendak dibeli. Ini perlu bagi mengelak pembaziran dan membeli barangan yang tidak perlu.
  2. Bagi mereka yang berkeluarga, senaraikan menu mingguan untuk keluarga anda. Jika bukan sepanjang hari, cukup sekadar senaraikan menu makan malam. Dengan cara ini, anda dapat merancang keperluan barang mentah dan makanan yang perlu disediakan.
  3. Sudah tentu kalau berbelanja, kita memerlukan bajet. Namun jangan melebihi bajet yang ditetapkan, sedaya upaya tetapkan bajet setiap kali keluar membeli. Jika tidak menetapkan  bajet, dikhuatiri anda akan terlebih belanja.
  4. Simpan resit perbelanjaan anda. Selain untuk membuat bajet bulanan, ia juga berguna untuk perbandingan harga. Setiap tempat mempunyai harga yang berbeza begitu juga ketika jualan murah. Gunakan maklumat ini sebagai rujukan anda.
  5. Jangan terputus bekalan mentah dan tunggu hingga habis. Sebagai contoh, jika tisu atau telur makin berkurangan, masukkan segera ke dalam senarai untuk dibeli.
  6. Bawa bekalan makanan ke sekolah atau tempat kerja. Beli makanan yang mudah untuk dibawa seperti makanan snek kesihatan. Jika ada makanan lebihan ketika makan malam, tidak perlu membazir. Anda boleh membawanya keesokan hari sebagai sarapan atau makan tengah hari.
  7. Selalu peka dengan jualan murah dan segera membelibelah ketika jualan murah. Namun, anda harus membeli barangan perlu saja. Namun, ingatlah, kadangkala juala murah tidaklah semurah disangka. Ketika inilah anda merujuk kembali resit pembelian lalu sebagai perbandingan.
  8. Jangan membeli makanan ringan yang tidak menyihatkan. Jadi, lebih baik pergi membeli-belah sendirian iaitu ketika anak-anak bersekolah atau tinggalkan mereka bersama pengasuh bagi mengelak anda membeli makanan yang tidak baik untuk kesihatan anak.
  9. Keluar membeli pada waktu bukan puncak. Dapatkan bekalan bahan mentah seperti ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran di pasar pagi atau pasar borong yang menawarkan harga lebih murah. Elak membeli sayur-sayuran cepat layu.
  10. Amalkan kitar semula merangkumi beg plastik, kertas atau tin minuman yang boleh dikitar semula. Bawa beg plastik kitar semula ketika keluar membeli belah. Selain menjimatkan, ia dapat mengelak pencemaran alam.


Sumber: BH-Inspirasi

No comments: