Thursday, February 10, 2011

Gula dan kesihatan pergigian




DIMANA terdapat gula?

Gula wujud secara semulajadi dalam pelbagai jenis makanan seperti:

* Buah-buahan

* Sayur-sayuran berkanji

* Susu dan hasil tenusu

Gula tersembunyi pula boleh didapati di dalam makanan atau minuman seperti:

* Makanan yang diproses

* Kuih-muih tradisional

* Minuman bergas atau kordial

Terdapat pelbagai nama gula pada label makanan atau minuman seperti sukrosa, glukosa, dekstrosa, maltosa, fruktosa, sirap jagung dan sirap pekat.

Gula dan kesihatan pergigian

Gula terhasil daripada proses pemecahan makanan berkabohidrat di dalam badan.

Pengambilan gula dalam makanan/ minuman yang kerap dan berlebihan boleh mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai risiko kesihatan seperti karies gigi (kerosakan gigi) dan obesiti (kegemukan) serta komplikasinya iaitu darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung.

Karies gigi boleh menyebabkan kesakitan dan menjejaskan paras rupa terutamanya jika ia berlaku di gigi hadapan.

Karies botol susu pula sering terjadi di kalangan kanak-kanak sekiranya mereka dibiarkan tidur dengan menghisap susu botol/ minuman manis dalam jangkamasa yang panjang.

Cara mengurangkan pengambilan gula

* Amalkan minum air kosong di antara waktu makan utama.

* Kurangkan pengambilan gula di dalam minuman teh atau kopi.

* Jika anda membeli minuman kordial atau bergas, pilih jenis berkalori rendah atau jus buahbuahan tanpa gula.

* Kurangkan pengambilan makanan manis diantara waktu makan.

* Jika anda penggemar makanan snek, pilihlah buah-buahan dan sayur- sayuran segar atau kerepek sebagai ganti.

* Elakkan mengambil bijirin dengan gula tambahan.

Peranan ibu dalam pengawasan pengambilan gula untuk kanak-kanak

Kaum ibu memainkan peranan yang penting dalam penyediaan makanan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka. Untuk mengekalkan kesihatan pergigian kanak-kanak, ibuibu perlulah mengikut nasihat berikut:

* Elakkan mencampur gula semasa penyediaan susu bayi.

* Elakkan mencelup puting susu dengan gula atau manisan.

* Jangan biarkan bayi tidur dengan bolol susu di mulut.

* Jangan masukkan gula ke dalam penyediaan makanan anak.

* Pilih buah-buahan dan makanan berkhasiat sebagai snek jika perlu.

* Gunakan susu segar atau susu rendah lemak bagi menggantikan susu pekat manis.

No comments: