Tuesday, February 8, 2011
Panduan mudah di dapur
1 MASUKKAN makanan dalam kotak, bekas kaca atau plastik telus. Menyimpan makanan dalam bekas telus memudahkan kita melihat keadaan makanan itu hampir habis dan perlu dibeli baru.
2 Susun botol rempah yang berlabel mengikut susunan abjad.
3 Pilih bekas berbentuk empat segi berbanding bujur atau bulat. Anda boleh mengambil ruang penyimpanan yang banyak jika menggunakan bekas bujur dan bulat.
4 Bandingkan kaedah susunan menyimpan barangan seperti biskut dan papan pemotong.
Susunkan secara menegak atau melintang kerana ini lebih menarik berbanding meletakkan begitu saja di kaunter.
5 Senaraikan barang keperluan dapur yang perlu dibeli dan gunakan pelekat bermagnet di peti sejuk. Ia memudahkan ahli keluarga menulis barangan keperluan lain.
6 Gunakan kertas khas atau kertas minyak untuk makanan yang mudah melekat pada bekas pembakar. Anda tidak mengambil masa yang lama atau kerap ketika membasuhnya.
7 Simpan semua jenis serbuk atau larutan pencuci dan sarung tangan dalam kabinet yang terletak atas singki kerana tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil barangan berkenaan.
Panduan memastikan sayur-sayuran sentiasa segar
1 Elak mencuci sayur-sayuran sebelum disimpan. Bagi mengelakkan ia mudah busuk atau layu. Sebaiknya cuci ketika hendak memasaknya.
2 Ketika menyimpan lobak, bahagian yang berdaun supaya tidak cepat busuk.
3 Selepas sayur dipotong, jangan dibiarkan terlalu lama kerana boleh mengurangkan kandungan vitamin. Masaklah secepat mungkin.
4 Masukkan sayur hijau dalam bekas tanpa tutup supaya warnanya mampu bertahan atau perah sedikit limau nipis ke dalamnya.
Sumber: Harian Metro - Sat, Jan 29, 2011 - Variasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment