Thursday, February 10, 2011
Pasar raya dan tabiat pengguna
* JUMLAH pasar raya di Malaysia telah bertambah bilangannya semenjak kebelakangan ini. Pertambahan mendadak ini menyebabkan kuasa pembelian oleh pengguna bertambah dan mengubah corak kepenggunaan mereka.
* Pasar raya-pasar raya ini menjadi pusat hentian setempat untuk semua barangan keperluan rumah. Sebelum ini, pengguna hanya membeli apa yang perlu dan merancang pembelian mereka disebabkan terdapatnya banyak kedai runcit yang berdekatan.
* Pengguna terpaksa mengharungi kesesakan lalulintas dan barisan yang panjang untuk meletak kenderaan. Ini merupakan pembaziran bahan api dan masa.
* Tabiat menyimpan stok bermula di sini kerana pengguna ingin mengelakkan perjalanan ulang-alik ke pasar raya. Walau bagaimanapun, apabila perancangan penggunaan tidak baik, barangan yang dibeli ini tidak dapat digunakan sebelum tarikh luput dan akhirnya terpaksa dibuang.
* Pengiktirafan barangan di pasar raya merupakan satu faktor yang perlu dititikberatkan. Pengguna meletakkan kepercayaan mereka kepada pasar raya. Namun apabila barangan yang dibeli itu mengalami kerosakan, pengguna terpaksa berhadapan dengan pengilang dan bukannya pemborong.
* Kita juga dapat perhatikan pasar raya tidak menyokong `penggunaan hijau' untuk pengguna. Ini merupakan tanggungjawab social korporat. Kebanyakan pasar raya di Eropah dan Jepun tidak menggalakkan pengguna menggunakan plastik. Sekiranya pengguna inginkan beg plastik, mereka perlu membelinya. Pasar raya perlu menggalakkan pengguna membawa beg sendiri untuk membelibelah.
* Pasar raya juga perlu memastikan bungkus barangan yang dijual adalah mesra alam dan mengurangkan sisa pepejal daripada sampai kepada pengguna.
* Agensi-agensi kerajaan sewajarnya memastikan produk-produk yang dijual mempunyai label-label yang betul serta pensijilan yang tepat mengikut undang-undang yang sedia ada.
Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment