Psttt... tajuk ni sesuai sesangat buat encik suami saya... Bukan pe, hujung minggu jer kerja mencabut ubat bermula lah. Yang penat nak concentrate adalah saya... huhuhu... mengikut fakta, uban bukan penyebab gatal kulit kepala... ia adalah perubahan fisiologi manusia menandakan usia yang semakin meningkat. Hehehe... diulangi... usia yang semakin meningkat yer cik abang... cabut banyak mana pun ia tetap akan beruban... Maka, perbanyakkanlah amal ibadah dan kebajikan...
RAMBUT beruban sememangnya sebahagian perubahan fisiologi manusia menandakan usia yang semakin meningkat. Namun ada juga yang mula beruban rambutnya pada usia yang masih muda remaja.
Apa yang pasti, rambut beruban menjadikan rupa fizikal individu itu kelihatan lebih tua. Wajah yang comel, cantik atau tampan sekali pun akan hilang `seri' apabila uban yang lebih ketara menjadi mahkota di kepala.
Jika sudah berusia, tidak mengapa kerana ada yang melihat uban sebagai petanda kematangan, tetapi pasti kesannya berbeza jika yang beruban itu masih di bangku sekolah. Akibatnya, timbul rasa rendah diri dan malu apabila uban itu dikesan rakan sebaya. Apakah punca uban ini?
Uban terjadi apabila pigmen pewarna rambut yang dikenali sebagai melanin yang dihasilkan sel tubuh melanosit, tidak lagi dihasilkan. Antara punca utama mengapa rambut mula beruban pada usia muda berkemungkinan disebabkan tidak cukup melanin dihasilkan atau pembentukan melanin yang tidak sempurna.
Begitu jugalah keadaannya bagi yang muda. Golongan ini kebanyakannya beruban awal disebabkan oleh penyakit genetik, masalah nutrisi, kurang Vitamin B12 dan penyakit auto imun (antibodi tubuh sendiri yang memusnahkan melanosit) seperti tiroid, vitiligo (sopak) dan alupecia areata (putih bertompok di kepala).
Selain itu, tekanan hidup yang berpanjangan, penggunaan bahan peluntur rambut dan terlalu kerap mendandan rambut, gaya hidup yang tidak sihat serta tabiat merokok dan pemakanan yang tidak seimbang juga dikatakan menyumbang kepada pertumbuhan uban lebih awal.
Pakar Runding Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abdul Kadir Jailani, bagaimanapun menyifatkan masalah beruban pada usia muda tidak dianggap masalah serius dan masih terkawal.
"Uban adalah masalah kesihatan yang kekal seumur hidup dan tiada penawar merawatnya kecuali bagi masalah uban yang disebabkan nutrisi dan kurang Vitamin B12. Masalah kekurangan vitamin ini ialah keadaan yang mana vitamin ini tidak boleh diserap usus disebabkan penyakit termasuk Pernicious Anemia dan Netrotising Enterocolitis.
Masalah kurang Vitamin B12 jarang berlaku di negara ini sebaliknya sering terjadi di negara mundur seperti Afrika.
"Ia lazimnya disebabkan oleh cacing pita. Selain itu, masalah seperti sindrom Fanconi, myotonia dystrophica dan sindrom Fisch adalah antara beberapa contoh penyakit genetik pada kanak-kanak yang tidak boleh dirawat," katanya.
Menurut Dr Noraziah, kebanyakan remaja yang beruban berkemungkinan diturunkan secara genetik atau melalui perubahan fisiologi awal sama seperti seorang yang mula beruban hanya apabila usia mencecah 50 tahun.
Biarpun uban tidak boleh dirawat ia tidak menjejaskan kesihatan dan boleh dikawal dengan penggunaan pewarna rambut. Ini mampu meningkatkan keyakinan diri remaja selain memperbaiki imej dan kesihatan mental serta fizikal yang lebih stabil.
Kesimpulannya, semakin kurang gangguan kepada rambut seperti aktiviti melunturkan, mendandan, meluruskan, keriting dan penggunaan bahan kimia, semakin baik untuk kesihatan rambut dan kulit kepala.
Info
Uban
* Uban bukan penyebab gatal kulit kepala.
* Kepercayaan tabiat mencabut uban akan menambah uban di kepala adalah tidak benar.
* Masalah uban adalah seumur hidup, tiada penawar tetapi boleh dikawal.
2 comments:
Assalamualaikum, para pembaca semua...
Pasal topik rambut ni, I ada sedikit tips nak dikongsikan bersama. Uban memang susah sikit nak buat apa2. Tp, kalau nak kurangkan tu, mungkin boleh. Kena jaga kesihatan sikit. Faktor pemakanan dan nutrisi dalaman memainkan peranan. Bagi mereka yg selalu menggunakan bahan peluntur meluruskan rambut, berdepan dgn risiko kerosakan rambut dan susah nak 'maintain'. Tp rebonding mmg di antara cara paling berkesan nak 'kurangkan' sikit nampak uban tu. Untuk sesiapa yg bermasalah nak jaga rambut rebonding atau pelurusan, info di sini dapat membantu:
Penjagaan Rambut Rebonding / pelurusan
Hope info tu dapat membantu. Thanks.
Salam.. Saya ada Penyelesaian dan Penawar bagi penyakit Sopak ni.. Sila layari
http://rifbook.com/penawarvitiligo/
Post a Comment