Tuesday, December 14, 2010

Memilih pintu rumah sesuai



KEINDAHAN pintu dan pilihan pintu sesuai penting dalam menyerikan penampilan kedia-man bagaikan tersergam megah.

Reka bentuk dan lokasi pintu perlu dirancang teliti supaya bukaan dengan saiz yang betul dapat dibuat pada sistem dinding bangunan.

Pemilihan pintu penting dengan alasan yang praktikal termasuk pintu utama seolah-olah gambaran keseluruhan kediaman. Apatah lagi reka bentuk sesebuah binaan pintu berfungsi sebagai tumpuan utama sebelum melangkah ke dalam kediaman.

Pintu logam
* Turut mementingkan ciri keselamatan.

* Lebih subjektif kepada perubahan dan dimensi atau keadaan sesuatu ruang atau lebih bergan-tung kepada cara penggunaannya.

* Boleh dihasilkan sama ada berciri tradisional atau moden.

Pintu kaca


* Pintu kaca berbingkai logam atau kayu turut berfungsi dan sering digunakan bagi membenarkan pandangan terus ke luar atau ke dalam ruang.

* Antara kelebihan kerana membenarkan kesan peluasan ruang kerana pintu tidak lagi menjadi penghalang dalam hubungan ruang.

* Boleh dihias indah dengan kaca berwarna (stained glass) dengan corak alam semula jadi atau corak geometri yang bergaya.

Pintu berpenal


* Biasanya sinonim dengan pintu tradisional.

* Reka bentuk yang mementingkan ciri keselamatan kerana berasaskan kayu padu.

* Sesuai untuk kegunaan pintu luaran selain untuk kegunaan pintu dalaman yang mementingkan keselamatan kekal.

Pintu sekata

* Diperbuat dengan dua cara iaitu teras kayu padu dan teras berongga.

* Pintu sekata daripada teras kayu padu amat kukuh kerana diperbuat daripada cantuman kayu yang digam antaranya.

* Pintu jenis ini sesuai digunakan pada pintu luaran selain untuk kegunaan pintu tahan api.

Pintu plastik


* Pintu bilik air banyak menggunakan pintu plastik kerana mudah diselenggara dan tahan lembap.

* Pintu gelongsor plastik juga selalu digunakan pada ruang dalaman antara alternatif lain bagi memberi variasi binaan dan reka bentuk pintu pada rumah kediaman.

Sumber:  Harian Metro - Sat, Dec 11, 2010 - Variasi 

No comments: