Thursday, December 9, 2010

Jika penerbangan lebih dari 3 jam ...



MENAIKI pesawat adalah cara tercepat untuk sampai ke destinasi pilihan. Tetapi, ia bergantung juga kepada jarak sesuatu perjalanan itu.

Justeru, jika penerbangan itu lebih daripada tiga jam, mungkin tip melancong ini dapat membantu supaya perjalanan yang panjang menjadi lebih menyenangkan.

* Jenis pakaian yang sesuai

Pilih pakaian yang memudahkan anda untuk bergerak dan menyerap peluh. Selain itu, bagi yang tidak tahan sejuk, ada baiknya anda memakai pakaian yang sedikit tebal atau jaket untuk mengelak daripada anda kesejukan sepanjang penerbangan.

* Rehatkan kaki dan tangan

Di dalam penerbangan, kaki perlu lebih relaks dan bebas bergerak. Sebaiknya tanggalkan atau longkarkan tali kasut anda.

Bagaimanapun, pastikan anda memakai sarung kaki bagi menahan kesejukan.

Anda juga boleh melakukan senaman ringan di tempat duduk.

Antaranya, menggerakkan atau merenggangkan tangan, duduk tegak dan mengangkat kaki seperti sedang berkawat.

* Segarkan badan

Makan sebelum menaiki pesawat. Ia lebih menyegarkan badan. Untuk kesegaran kulit, anda boleh mengelap dengan tuala suam atau memakai losen badan.

* Jalan-jalan

Jika tidak selesa kerana duduk terlalu lama, anda boleh berjalan-jalan di sepanjang lorong pesawat. Bagaimanapun, pastikan pesawat dalam keadaan stabil dan tanda pasangkan tali pinggang keledar sudah dipadamkan.

Anda juga boleh berdiri dan melakukan senaman kecil di sebelah tempat duduk.

Untuk mengelak daripada mengganggu penumpang yang lain, minta izin daripada penumpang di sekitar anda.

* Minyak urut

Bawalah minyak urut dan gosok di tengkuk apabila badan berasa tidak selesa.

Bagi mengelak mengganggu penumpang lain, bawa minyak yang beraroma lembut atau wangi.

Anda atau penumpang lain akan lebih tenang dan selesa dengan aroma itu dalam penerbangan.

No comments: