Wednesday, December 8, 2010
Punca brek kenderaan mengeluarkan bunyi
SECARA mekanikalnya, fungsi dan keberkesanan untuk memberhentikan kenderaan sewaktu dalam keadaan biasa atau saat kecemasan berlaku apabila cakera brek dikepit atau diapit oleh pelapik brek yang digerakkan melalui system bendalir di dalam takungan silinder utama. Ini merupakan fungsi manual sistem brek kenderaan yang masih banyak digunakan walaupun terdapat kenderaan moden kini menggunakan "Antilock Braking System" (ABS) sebagai kelengkapan keselamatan tambahan pada sistem brek. Kendengaraan bunyi kecil sewaktu menggunakan ABS adalah perkara biasa atau normal.
Namun, kurangnya pengetahuan asas mengenai komponen-komponen dan penyelenggaraan system brek menyebabkan sebahagian pengguna kenderaan sering menyalahkan komponen utama seperti pelapik brek yang gagal berfungsi dengan lancar dan mengeluarkan bunyi, sedangkan mereka sebenarnya tidak tahu bahawa terdapat masalah lain yang melibatkan sistem brek berfungsi kurang baik.
Antara rungutan yang sering dibangkitkan oleh pengguna kenderaan membabitkan sistem brek seperti kedengaran bunyi bising ketika membrek, kewujudan habuk hitam melekat pada rim, pelapik brek kurang tahan atau cepat haus, terasa gegeran pada pedal brek ketika membrek, brek kurang mencengkem terutamanya ketika menuruni bukit, brek kurang sensitif atau agresif dan kewujudan bau kurang menyenangkan atau hangit.
Semua rungutan membabitkan masalah di atas secara tidak langsung mengundang rasa kurang selesa ketika memandu terutamanya bagi mereka yang mementingkan aspek keselesaan dan keselamatan. Kesannya pengguna kenderaan berasa tidak selesa lalu merungut mengatakan pelapik brek yang digunakan bermasalah, tetapi mereka tidak tahu bahawa ia juga disebabkan punca lain atau masalah pada komponen lain pada sistem brek.
Kajian menunjukkan sebanyak 74 peratus daripada semua rungutan tersebut membabitkan masalah sistem brek mengeluarkan bunyi ketika membrek. Terdapat dua jenis bunyi yang biasa terhasil iaitu bunyi bernada tinggi atau nyaring (squeal noise) dan bernada rendah (groan noise).
Bunyi bernada tinggi berpunca daripada memperlahankan kenderaan, jarang-jarang menggunakan kenderaan dan permukaan cakera brek berkarat akibat cuaca lembab seperti hujan atau embun pagi. Bunyi bernada rendah berpunca daripada beberapa komponen sistem brek seperti longgar sehingga bergegar, kepanasan melampau akibat permukaan cakera atau pelapik brek kasar dan koefisien geseran (friction coefficient) menjadi tidak stabil.
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat di seluruh dunia, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sistem brek mengeluarkan bunyi ketika menekan brek. Antaranya ialah:
1. Cakera brek (brake rotor disc)
54 peratus masalah kedengaran bunyi ketika membrek adalah berpunca daripada cakera brek. Cakera brek berfungsi memperlahan atau memberhentikan putaran roda pada kenderaan setelah diapit oleh pelapik brek. Permukaan cakera yang kurang rata atau tidak licin akan mengeluarkan bunyi apabila pelapik brek bertindak mengapitnya sewaktu menekan pedal brek.
Selain itu, cakera brek yang berkarat akibat terdedah dengan air terlalu lama turut menghasilkan bunyi. Setiap pengeluar mempunyai formula material tersendiri iaitu logam untuk menghasilkan cakera brek yang bermutu. Namun, masalah bunyi juga boleh muncul sekiranya logam cakera tersebut terlalu keras.
2. Pelapik brek (Break Pad)
21 peratus masalah bunyi lagi datangnya daripada keadaan pelapik brek. Pelapik brek adalah sejenis komponen yang bertindak mengapit bagi menimbulkan geseran pada cakera brek agar roda kenderaan dapat diperlahankan.
Biasanya, bunyi akan terhasil sekiranya menggunakan pelapik brek keras yang mengandungi bahan logam berlebihan atau campuran bahan daripada batuan yang keras (abrasive) juga menyebabkan bunyi biasanya terhasil apabila menekan brek.
Selain itu, masalah cengkaman atau geselan yang kurang stabil (friction coefficient) seperti pelapik brek kurang berfungsi dengan baik ketika suhu tinggi atau rendah turut menjadi punca bunyi kedengaran. Malah, pelapik brek berkarat dan terdapatnya habuk antara permukaan pelapik brek dengan cakera brek juga menjadi salah satu sebab kedengaran bunyi ketika membrek.
3. Angkup (calliper)
Manakala 18 peratus pula masalah bunyi tersebut berpunca daripada angkup. Angkup berfungsi menempatkan atau pemegang pelapik brek dan seterusnya menggerakkan pelapik brek menekan cakera brek ketika menekan pedal brek. Apabila angkup tidak diganti dengan yang baru melebihi 10 tahun, ia akan menyebabkan angkup tidak dapat berfungsi dengan baik lagi seperti jam atau longgar. Jadi, hal ini akan mewujudkan rasa gegaran ketika menekan brek dan terhasillah bunyi. Selain itu, angkup yang berkarat dan bergetar juga punca bunyi terhasil.
4. Suspensi brek, omboh, piston, nat, skru brek dan klip brek.
Selebihnya tujuh peratus berpunca daripada masalah seperti karat atau longgar membabitkan pelbagai komponen yang terdapat pada sistem brek contohnya suspensi brek, omboh, piston, nat, skru brek dan sebagainya. Kebanyakan pelapik brek yang berada di pasaran dilengkapi dengan sejenis klip yang berfungsi memberi amaran bahawa pelapik brek perlu ditukar dengan segera.
Kadar kehausan ketebalan pelapik brek yang dibenarkan adalah tidak kurang 2 milimeter (mm). Sekiranya ketebalan pelapik brek kurang 2 mm, hujung klip akan bergesel menyentuh cakera brek dan bunyi akan kedengaran menandakan paras minimum penggunaan pelapik brek dan ia harus ditukar dengan segera.
Masalah yang dikenalpasti sekarang terdapat pelapik brek yang apabila suhu rendah tahap cengkamannya stabil, tetapi menjadi kurang stabil apabila mencapai suhu tinggi. Ada juga pelapik brek yang mampu memberi cengkaman stabil apabila suhu tinggi, namun kurang stabil pada suhu rendah.
Untuk menghasilkan pelapik brek yang bermutu tinggi bukanlah suatu perkara yang mudah. Jadi, Afi Brake sentiasa berusaha memastikan pelapik brek yang dihasilkan berkualiti dan bebas asbestos iaitu mampu berfungsi dengan stabil samada pada suhu rendah ataupun tinggi melalui penggunaan bahan campuran yang bermutu seperti low metallic (kandungan logam rendah bawah 25 peratus) dan ceramic formulation, penakanan kepada aspek teknikal yang canggih, prosedur pembuatan yang menepati piawaian MS ISO 9001:2000, pemantauan serta penyelidikan yang berterusan.
Oleh itu, sekiranya kedengaran bunyi kecil setelah menukar pelapik brek baru bukanlah satu masalah besar. Ia hanyalah disebabkan permukaan cakera brek tidak rata.
Selepas menggunakan kenderaan dalam tempoh tertentu, bunyi tersebut tidak akan kedengaran lagi. Yang lebih penting kita perlu mencari punca masalah dengan teliti dan sekiranya ada masalah pada komponen brek, segeralah tukar. Tetapi, kebanyakan pengguna kenderaan lebih gemar menukar pelapik brek daripada menukar komponen lain.
Selenggara dan pastikanlah sistem brek kenderaan anda sentiasa berkeadaan dengan baik kerana di samping memberi keselesaan, ia juga dapat menjamin keselamatan ketika memandu di jalan raya. Periksa brek, elak kemalangan untuk keselesaan dan keselamatan anda. - Auto Touch
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
info yg sgt bagus!sgt suker
info yang perlu kita tahu... kadang² tak perasan pun kan benda yang akan berlaku. So, njoy ur reading here! ;)
:-)
Kalau tayar depan berhabuk tu apa masalahnya erk?
Salam semua....saya baru membeli axia...masalah skrg break disc kereta saya bila bergerak akan kedengaran bunyi bergesel bila tekan break senyap...dah sembur angin dah servis tetap dengar bunyi besi bergesel...break pad tebal lg....ape perlu sy buat supaya break disc sy sebelah kanan senyap ketika berjalan...rimas dgn bunyi tu..tolong saya
Saya ada kereta.myvi dah tukar break disc, brake pad dah buat allignment tp break berbunyi jugak..mekanik kata nk tukar ABS, lg sorang mekanik kata kena servis break disc pulak sbb masa tukar break disc tak bersihkn dulu tu sbb break bunyi..betul ke?
Sy pun ada masalah yg sama mcm ni. Brake pad dh tukar, brakde disc pun dh skim. Tp stil ada bunyi bila brake.
Maaf nak tanya kenapa brake kerita asyik buang angin je?
Good info
Sama pinca dgn saya...rimas betul.. belah kiri berbunyi
dah setel ke... klu blum setel meh call my number 0142698336
baru je kena... semua dah tukar tapi masih bergesel?... knapa ek?
Post a Comment