Wednesday, December 1, 2010

Gunakan ubat gigi berfluorida



AMALAN memberus gigi. Memberus gigi merupakan amalan penjagaan kesihatan pergigian harian yang perlu dilakukan untuk kesihatan, kebersihan dan penampilan diri.


Faedah ubat gigi berfluorida

Memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida dapat mencegah kejadian karies gigi dan adalah faktor utama dalam penurunan kadar karies gigi di seluruh dunia. Fluorida merupakan bahan yang dapat menguatkan gigi.


Penggunaan ubat gigi berfluorida

* Gunakan secalit ubat gigi berfluorida bagi kanak-kanak berusia 4 tahun kebawah.

* Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang pea (5mm) sahaja bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas.

* Pastikan kanak-kanak tidak menelan ubat gigi.

* Kanak-kanak perlu diajar untuk meludah dan berkumur selepas memberus gigi.


Tip-tip untuk ibubapa/penjaga

* Ibubapa/penjaga perlu awasi dan bantu anak memberus gigi sehingga umur meningkat 6-8 tahun walaupun anak sudah pandai memberus gigi sendiri.

* Gunakan berus gigi kecil bersesuai dengan saiz mulut.

* Baca label ubat gigi untuk mengetahui kandungan bahan aktif seperti Sodium Fluorida & Sodium Manofluorophosphate. Kandungan fluorida 1000 ppm adalah bersamaan dengan 0.1%.

Tahukan anda? Memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida boleh:

* Mengubati peringkat awal karies gigi.

* Menguatkan semula enamel gigi

* Mencegah dan mengawal kerosakan gigi

* Mencegah penyakit gusi

* Membersih gigi

* Menyegarkan nafas Apakah yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan pergigian

* Berus gigi sekurangkurangnya 2 kali sehari, pagi dan malam selepas makan.

* Makan secara sihat. Pilihlah makanan berkhasihat.

* Kurangkan kekerapan dan jumlah makanan manis. Makanan manis boleh merosakkan gigi dan mengakibatkan kesakitan.

* Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun.


Sumber: Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments: