1. Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan setiap kali sebelum dan selepas mengendalikan atau menyediakan makanan. Gunakan air panas dan bersabun untuk membersihkan perkakas memasak, papan memotong dan lain-lain permukaan yang digunakan.
2. Apabila membeli-belah, menyediakan atau menyimpan makanan, asingkan daging mentah, ternakan, ikan dan makanan bercangkerang daripada makanan lain bagi mengelakkan pencemaran silang.
3. Masak makanan pada suhu yang selamat. Cara terbaik bagi memastikannya adalah dengan menggunakan termometer makanan. Anda boleh membunuh organisma yang boleh menjejaskan yang terdapat dalam kebanyakan makanan dengan memasak pada suhu antara 630 C hingga 740 C.
4. Sejukkan atau dinginkan makanan yang mudah rosak dalam tempoh dua jam pembelian atau penyediaannya. Jika suhu bilik lebih 320 C, sejukkan makanan yang tidak tahan lama itu dalam masa sejam. Letakkan makanan di dalam pembeku jika tidak mahu memakannya dalam masa dua hari.
5. Mencairbekukan makanan dengan selamat. Jangan lembutkan makanan pada suhu bilik. Cara terbaik untuk melembutkan makanan adalah dengan mencairbekukan makanan di dalam peti sejuk atau mikrogelombang. Melalukan air sejuk ke atas makanan untuk melembutkannya juga selamat.
6. Buangkan sahaja makanan itu kalau anda ragu-ragu dengan cara penyediaan, penyimpanan atau hidangannya. Makanan yang dibiarkan pada suhu bilik dengan terlalu lama mungkin mengandungi bakteria atau racun yang tidak boleh dimusnahkan lagi walaupun dengan memasaknya. Jangan kecap makanan itu jika anda tidak pasti mengenai tahap keselamatan dan kebersihannya. Walaupun ia mungkin kelihatan (atau berbau) masih baik, ia mungkin tidak selamat lagi untuk dimakan.
7. Berwaspadalah semasa menghidangkan makanan. Bakteria berbahaya boleh membiak dengan cepat semasa menyediakan makanan tanpa pemanasan a atau penyejukan sempurna terutamanya semasa majlis luar atau bufet. Buang saki-baki makanan yang berada pada suhu bilik lebih dua jam atau dalam cuaca panas, lebih empat jam.
8. Tahu bila masanya untuk mengelakkan sama sekali makanan tertentu terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi. Langkah lebih berhati-hati perlulah diambil oleh mereka dengan mengelakkan makanan seperti daging mentah, ikan atau makanan bercangkerang yang tidak cukup masak.
Keracunan makanan selalunya reda dengan sendiri dalam masa 48 jam. Untuk membantu diri anda berasa lebih selasa sekali gus menghalang dehidrasi dalam waktu pemulihan itu, anda boleh cuba langkah-langkah berikut:
1. Biarkan perut anda rehat. Berhenti makan atau minum selama beberapa jam.
2. Hisap ketulan ais atau hirup sediki air. Anda boleh juga mengambil minuman bersoda. Orang dewasa patut minum sekurang-kurangnya lapan hingga 16 gelas air setiap hari sedikit demi sedikit tetapi kerap.
3. Secara beransur-ansur, makan makanan yang dikisar dan mudah hadam seperti kraker (biskut kering nipis), pisang dan nasi. Berhenti makan jika mual-mual kembali.
4. Elakkan makanan dan bahanbahan tertentu hingga anda berasa lebih baik. Antaranya produk tenusu, kafeina, nikotin dan makanan berlemak atau mempunyai perasa makanan tinggi.
5. Banyakkan berehat. Kesakitan dan dehidrasi mungkin telah melemah dan memenatkan anda.
Sumber: Berita Harian - Thu, Nov 25, 2010 - 1Klassifieds
No comments:
Post a Comment