Monday, November 8, 2010

Tayar ganti




WALAUPUN dunia sudah menuju ke arah kereta tanpa tayar ganti, hampir 99 peratus kenderaan di negara ini masih menggunakannya.

Sering disimpan di dalam but atau di bawah kenderaan, tayar ganti sering diabaikan penjagaannya, hinggalah tiba waktu untuk menggunakannya.

Periksa keadaan fizikal tayar ganti setahun sekali dan periksa tekanan udaranya sebulan sekali.

Ada kenderaan yang menggunakan tayar "space saver", yang saiznya lebih kecil dan lebih ringan. Perlu diingatkan tayar ganti jenis ini mempunyai had kelajuan maksimum (selalunya di bawah 80km/j) dan had jarak perjalanan.

Tayar ganti sebenarnya membebankan kereta dan menyebabkan penggunaan bahanapi yang lebih tinggi, kerana itu ada pengeluar menggunakan space saver atau tidak mempunyai tayar ganti langsung.

No comments: