My Followers

Banjir! Lindungi rumah anda!


BANJIR adalah bencana alam yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Masalah yang serius, terutamanya jika kediaman terletak di kawasan zon banjir. Kemusnahan yang berpunca daripada banjir boleh merosakkan harta benda dan tapak rumah. Oleh kerana itu, anda perlu mencari kaedah yang bersesuaian untuk melindungi kediaman daripada mengalami kemusnahan yang berpunca daripada air ataupun banjir. Apa yang penting, kaedah tersebut mampu untuk melindungi rumah daripada bencana ini untuk beberapa tahun. Berikut adalah beberapa tips untuk melindungi rumah anda daripada dimusnahkan oleh banjir:

Sentiasa Peka


1. Sentiasa peka dengan ramalan cuaca. Setiap kali terdapat risiko banjir berhampiran kawasan tempat tinggal anda, mula bertindak dengan mengumpulkan barang-barang berharga di tempat yang mudah dicapai sekiranya anda dikehendaki meninggalkan kawasan rumah.

2. Anda mesti memahami di bahagian mana dan apa yang boleh menyebabkan rumah anda tidak mampu untuk menghadapi banjir. Kemudian selenggara rumah anda dan kerap melakukan pemeriksaan terutamanya di bahagian paling lemah pada struktur rumah anda.

Sistem Saliran

1. Periksa sistem saliran di luar rumah anda. Pastikan sistem air bawah tanah di kediaman anda tidak memerangkap tanah ke dalam saluran. Jika kediaman anda terletak di kawasan aliran air hujan yang menghala ke arah rumah, bina sistem saliran yang boleh mengalirkan air hujan agar menjauhi kawasan rumah anda.

2. Periksa sekiranya terdapat retakan atau sumbat pada sistem saliran.  Saliran bawah tanah yang tersumbat boleh menyebabkan banjir.

3. Sekiranya rumah anda terletak di kawasan yang mudah dilanda banjir, tembok penghalang banjir dapat menyokong menghalang air banjir daripada masuk ke dalam rumah.

4. Pasang pengadang kalis air pada tapak rumah. Pengadang bergetah dapat membantu menyalurkan air menjauhi tapak rumah melalui saliran berpelapik jubin di sekeliling rumah anda.

Elektrik


1. Pemanas air, relau dan panel elektrik perlu diletak di tempat yang lebih tinggi. Tinggikan soket elektrik sekurang-kurangnya 1.5 meter dari lantai.

2. Potong perkhidmatan bekalan elektrik pada pemutus arus sekiranya sistem elektrik dan saluran keluar berkemungkinan berada dibawah paras air.

Rumah

1. Guna jubin seramik untuk lantai, ambal juga lebih baik daripada permaidani kerana lebih mudah dibersihkan. Simen kapur pada dinding berbanding simen gipsum. Gantikan pintu kayu dan bingkai cermin kepada bahan jenis UPVC yang telah difabrikasi.

2. Tanam lebih banyak tumbuhan hijau dan pokok di kawasan rumah anda untuk membantu menghalang hakisan tanah. Hakisan menyumbang kepada banjir dan degredasi sisa di sekitar rumah anda.

3. Walaupun menaikkan rumah lebih tinggi daripada aras paras banjir memerlukan kos yang tinggi, namun kaedah ini merupakan antara kadah yang paling berkesan untuk melindungi rumah anda, lebih-lebih lagi sekiranya anda tinggal dikawasan zon banjir.

Lain-lain


1. Limpahan pada sinki dan tab mandi boleh menyebabkan bencana. Anda boleh mengelakkannya dengan tidak meninggalkan bilik air tanpa pengawasan semasa air paip masih mengalir. Tutup paip setiap kali anda selesai menggunakannya.

2. Air tandas yang melimpah juga mendatangkan masalah besar dan sukar untuk dielakkan. Pastikan anda menyimpan pelocok di dalam tandas sebagai langkah berjaga-jaga dan jangan membuang tisu, pasir kumbahan atau lampin pakai buang ke dalam lubang tandas. - V
Post a Comment