My Followers

Barah pangkal rahim

Gejala:

* Perubahan prabarah dan peringkat awal barah pangkal rahim biasanya tidak rasa sakit atau menampakkan gejala lain. Oleh itu, penting untuk menjalani ujian Pap dengan kerap untuk mengesan prabarah serviks pada peringkat awal untuk rawatan yang paling berkesan.

* Apabila penyakit barah serviks berkembang, wanita boleh memerhatikan satu atau beberapa gejala yang berikut:

1. Pendarahan yang abnormal daripada vagina:

* Pendarahan yang berlaku antara haid.

* Pendarahan selepas bersetubuh, menggunakan douche atau pemeriksaan pelvis.

* Haid yang lebih lama dan lebih banyak daripada selalu.

* Pendarahan selepas menopaus.

2. Lelehan yang banyak daripada vagina.

3. Rasa sakit pada bahagian pelvis.

4. Rasa sakit ketika bersetubuh.

Antara yang boleh dilakukan bagi mencegah barah pangkal rahim:

* Mempraktikkan tabiat seks yang sihat.

* Berhenti merokok.

* Menjalani ujian pemeriksaan Pap Smear.

Mengenai Ujian Pap Smear: Berapa kerapkah ujian pap smear perlu diulang?

* Sekiranya ujian pertama didapati normal, ulangi pap smear pada tahun berikutnya.

* Jika ujian kedua juga didapati normal, anda bolehlah mengulanginya setiap tiga tahun sekali.

Siapakah yang harus menjalani ujian pap smear?

* Setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks perlu menjalani ujian ini.

Siapakah wanita yang tidak perlu menjalani ujian pap smear?

* Wanita yang tidak pernah mengadakan hubungan seks

* Wanita yang telah menjalani pembedahan membuang rahim (histerekomi) yang disebabkan oleh masalah bukan barah contohnya, fibroid, endometriosis, DUB dan lain-lain kecual CIN.

* Usia lebih 65 tahun dengan syarat ujian pap smear sebelumnya adalah normal.
Post a Comment