Friday, September 24, 2010

Tip melancong bersama anak



MELANCONG keluar negara ketika cuti hari raya bukanlah satu perkara yang baru.

Ramai di kalangan masyarakat terutama mereka yang tiada kampung halaman atau mahu bertukar angin memilih untuk melancong sekali gus memanfaatkan cuti panjang sempena hari raya.

Percutian yang anda rancang mungkin memberi bebanan jika bercuti bersama keluarga dan mempunyai anak kecil. Oleh itu, panduan ini mungkin boleh membantu anda mempermudahkan percutian selain ia akan meninggalkan kenangan manis buat si kecil.

Kapal terbang:

* Tempah tempat duduk penerbangan supaya anda dapat duduk bersama dan pesan hidangan anak pada masa sama.

* Bawa keperluan bayi dengan tangan supaya anda mudah untuk mengambilnya ketika diperlukan.

* Berikan makanan kepada bayi anda dan gula-gula kepada anak yang lebih besar ketika berlepas dan mendarat untuk mengatasi ketidakselesaan daripada tekanan dalam kabin kapal terbang.

* Bawa makanan yang biasa untuk bayi anda dan minta ia dipanaskan. Ia sangat perlu kerana kebanyakan syarikat penerbangan tidak menyediakan makanan bayi.

* Bawa juga alat permainan, buku atau majalah untuk anak anda dalam bakul kecil dan minta pihak penerbangan pek aktiviti yang mereka sediakan.


Kereta/kereta api/bas

* Jika boleh, mulakan perjalanan anda sebelum waktu tidur anak kerana mereka mungkin lebih senang untuk tidur selepas itu.

* Pastikan banyak ruang di belakang kereta untuk anak anda dan mereka tidak dikelilingi beg.

* Bawalah pemain DVD mudah alih terutama bagi perjalanan panjang supaya anak anda boleh berhibur. Jangan lupa bawa cerita atau lagu kesukaan mereka.

* Rancang hentian yang kerap supaya anak boleh berjalan dan anda juga boleh berehat.

* Jika terdapat tarikan menarik di sepanjang perjalanan, berhenti dan lihat. Ia hanya rehat seketika dan memberikan semua orang sesuatu untuk diceritakan di sepanjang perjalanan.

* Bawalah beg parti kejutan dengan habuan seperti buku nota, krayon, pelekat dan manisan untuk memastikan mereka sentiasa terhibur.

Tip umum

* Jika buku skrap atau autograf boleh dibeli murah di destinasi percutian anda, belilah dan buatlah buku kenangan untuk percutian serta tambahkan juga gambar bila anda pulang. Ia pasti cenderahati hebat dan yang penting ia boleh membuatkan anak-anak sibuk melihatnya.

* Jangan lupa bawa `wet wipes'. Ia sangat mustahak untuk sebarang kejadian.

* Sediakan anak anda untuk perjalanan sebelumnya. Beritahu mereka peta di mana anda pergi dan tunjukkan risalah mengenai tempat yang anda akan lawati.

* Beritahu si kecil masa perjalanan sebenar dan bersedia untuk mengejutkan mereka dengan betul supaya si kecil gembira ketika anda sampai awal.

3 comments:

edrina said...

wet tissue sememangnya satu kemestian! tak pernah lupa bawak hehe

Anonymous said...

salam hanah..satu info yg sangat brguna bagi mereka yg travel dgn budak2 kecil..

sharhanah said...

sy kalau jenjalan jauh, takde wet tissue mmg tak reti. Mesti nak kena beli gak :)