Haid yang terlalu banyak:
Menorrhagia - pendarahan terlalu banyak (lebih daripada 80ml) atau tempoh haid berpanjangan.
Metrorrhagia - pendarahan dalam tempoh di antara haid.
Polymenorrhea - kedatangan haid yang terlalu kerap (selang kitaran haid kurang dari 21 hari).
Metromenorrhagia - pendarahan yang banyak dan kerap serta tempoh haid tidak tetap.
Haid yang terlalu sedikit:
Hypomenorrhea - pendarahan terlalu sedikit (kurang daripada 35 ml) * Oligomenorrhea - haid yang jarang (selang kitaran haid yang melebihi 35 hari).
Amenorrhea - tiada haid untuk tempoh lebih daripada 6 bulan.
INFO
Wanita boleh ceria ketika mengalami haid dengan mengambil langkah berikut:
* Lakukan senaman - kajian menunjukkan wanita yang kerap bersenam mengalami kurang tekanan dan ketidakselesaan haid. Mereka juga mempunyai tempoh haid yang lebih pendek dan pendarahan yang kurang ketika haid.
* Pemakanan sihat dan seimbang - pemakanan memainkan peranan penting dalam kesihatan haid dan hormon. Ketika haid, wanita kehilangan banyak air, darah, zat besi dan zat galian penting yang lain. Zat ini hendaklah diganti dengan mencukupi supaya badan wanita dapat mengekalkan keseimbangan fizikal dan mental.
* Tidur dan rehat yang mencukupi - ia penting bagi membantu proses pemulihan badan ketika haid.
* Ubat pencegahan kehamilan atau ubat hormon - digunakan sebagai rawatan serius untuk menyeimbangi hormon wanita. Ia juga digunakan untuk mengurangkan pendarahan ketika haid.
* Berjumpa doktor - sebarang masalah yang berpanjangan haruslah diperiksa doktor supaya mendapat rawatan yang betul.
FAKTA
Usia wanita berlainan mengalami masalah sakit puan yang berbeza:
* Bawah usia 20 tahun - ketidakseimbangan hormon disebabkan ovari yang belum matang dan tekanan psikologi.
* Usia 20 hingga 30 tahun - ketidakseimbangan hormon disebabkan tekanan psikologi; Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) iaitu keadaan folikel yang terdapat di dalam ovari tidak menjadi matang, gagal untuk mengeluarkan telur dan menyebabkan masalah kesuburan.
* Usia 30 hingga 40 tahun - ketidakseimbangan hormon disebabkan tekanan, PCOS, fibroid atau polip pada rahim, endometriosis (tisu selaput rahim tumbuh di luar rahim) dan endometrial hyperplasia iaitu peringkat pra-kanser dinding rahim.
* Usia 40 hingga 50 tahun - ketidakseimbangan hormon disebabkan perimenopausal (masa transisi sebelum terjadinya menopause) dan endometrial hyperplasia (pra-kanser).
* Usia 50 ke atas - endometrial hyperplasia (prakanser) dan kanser.
No comments:
Post a Comment