Friday, August 6, 2010

Rancang pembentukan hiasan dalaman



1)Pilihan perabot dan kabinet

* Maksimumkan penggunaan ruang dengan memilih kabinet pasang siap atau binaan dalaman yang bersesuaian.

* Langkah itu menjimatkan ruang dan anda tidak perlu memikirkan almari atau kabinet televisyen selari konsep dekorasi.

* Masalah ruang penyimpanan juga boleh diatasi sepenuhnya.

* Elak menggunakan perabot besar jika kediaman sempit.

* Jika masih berminat, pastikan perabot lain lebih kecil bagi mewujudkan suasana kontra.

2) Manfaatkan ruang pelbagai guna

* Pangsapuri, apartmen dan kondominium mempunyai keluasan terhad khususnya ruang tamu

* Wujudkan ruang dwifungsi seperti ruang tamu sebagai ruang santai dan keluarga.

* Meja ruang tamu dan makan boleh dijadikan tempat anak anda mengulang kaji pelajaran.

3)Elemen kemasan

* Elak penggunaan langsir dan kemasan sofa yang dipenuhi corak besar atau menyakitkan pandangan.

* Motif kecil menampakkan ruang lebih santai dan selesa.

* Penggunaan cermin mampu mewujudkan visual ­pandangan ruang berbeza dan luas.

* Terlalu banyak perhiasan ­seperti cenderahati menjadikan kediaman muzium peribadi.

* Letakkan hiasan kecil itu di sudut yang dirasakan sesuai.

4)Penataan cahaya

* Penggunaan lampu sesuai serlahkan ruang lebih luas.

* Reka letak yang kurang sesuai boleh mengubah penampilan ruang.

5)Kemasan dinding

* Pastikan pilihan warna yang melatari dinding sesuai.

* Dinding yang diwarnakan terang boleh berfungsi sebagai titik fokal tetapi perlu sesuai dengan konsep dekorasi.

* Jika warna dinding sudah difikirkan sesuai, kurangkan hiasan.

* Ia bagi mengelakkan pandangan kurang menarik.

1 comment:

eynda said...

Thanks for sharing :-)