Thursday, August 5, 2010

Lap ikut corak ira kayu



SETIAP perabot dan aksesori hiasan kayu mempunyai nilai estetika dan keindahan semula jadi yang menarik perhatian.

Lebih unik, sesuatu perabot ditempah, ia tidak sama de­ngan apa yang dilihat di bilik pameran.

Ini kerana tidak ada dua pokok yang serupa, lalu penghasilan perabot mempunyai corak berbeza.

Berikut, panduan menjaga perabot dan aksesori hiasan kayu:

* Penjagaan perabot kayu perlu diberi perhatian untuk mengekal keistimewaannya, malah proses menjaga mudah dilakukan.

* Bagi menghilangkan habuk, alihkan segala barangan di atas perabot untuk memudahkan tugas anda.

* Gunakan kain lembut yang dibasahkan dengan pencuci untuk mengelap perabot berkenaan.

* Lakukan proses mengelap mengikut corak ira kayu supaya tekstur asli dapat ditonjolkan.

* Kain kering tidak sesuai kerana ia mungkin meninggalkan kesan calar.

* Lakukan tugas mengelap lebih kerap bagi menghilangkan kotoran kesat pada kayu.

* Bagi menjaga ketahanan perabot kayu, gunakan alas ketika menghidang untuk mengelak tumpahan atau kekotoran akibat air atau kuah panas.

* Permukaan perabot kayu juga perlu dijauhkan daripada tersimbah alkohol atau pengilat kuku bagi mengelak risiko kerosakan.

* Jika pengilat kuku masih tertumpah, anda harus mengelap tumpahan dengan segera sebelum ia disapu lilin pengilat menggunakan kain bulu.

* Anda boleh menggunakan lilin pengilat yang disapu setiap enam hingga 12 bulan. Buang lilin lama dengan campuran sabun lembut bukan alkali dan air.

* Jika perabot dan aksesori hiasan kayu berkenaan terkena kesan terbakar akibat nyalaan rokok, anda boleh menyapu tempat terbabit dengan pengilat penghilang calar sehingga kesan berkenaan hilang.

No comments: