Wednesday, August 25, 2010

Kaedah mendidik kanak-kanak

* KAEDAH KOPERATIF Pendekatan koperatif ialah pembelajaran membabitkan murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli saja.

* PENDEKATAN KOLABORATIF Pembelajaran kolaboratif memerlukan pembabitan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Pendekatan ini juga menguji kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi.

* PENDEKATAN KUMPULAN Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan.

Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlu memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif khas.

* PENDEKATAN INDIVIDU Satu cara atau program pengajaran yang mengambil kira perbezaan individu setiap pelajar. Pengajaran juga dilakukan berdasarkan kebolehan dan kemampuan pelajar terbabit.

* KAEDAH TUNJUK CARA Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia memerlukan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur dan langkah.

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, gimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti

* KAEDAH STRATEGI MAIN SAMBIL PELAJAR Strategi main sambil belajar adalah aktiviti dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main adalah ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak.

Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan.

Sumber: Berita Harian/Sentral - Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar - 857

No comments: