Thursday, July 29, 2010

Kenali pelapik brek kenderaan anda



TAHUKAH anda pelapik brek kenderaan juga terbahagi kepada beberapa fungsi mengikut jenis binaannya. Umum telah mengetahui, setiap pelapik brek yang dihasilkan tidak mungkin memiliki ke semua ciri-ciri yang sempurna didalam satu pelapik. Contohnya jika anda memilih pelapik brek berprestasi tinggi seperti untuk pemanduan laju, pastinya ia akan mengeluarkan sedikit bunyi dan pastinya berhabuk. Begitu juga sebaliknya. Dalam artikel ini, AFI Brake (M) Sdn. Bhd. ingin berkongsi maklumat dengan pembaca-pembaca dalam merungkai jenis-jenis binaan pelapik brek yang terdapat dipasaran kini.

Pelapik brek jenis asbestos telah mula digunakan sejak 100 tahun dahulu. Ini disebabkan ia mudah dihasilkan kerana tidak memerlukan kos yang tinggi. Tetapi harus diingat! Penggunaan pelapik brek daripada jenis ini tidak sesuai bagi keadaan persekitaran kerana terdapat habuk yang mengandungi kandungan merbahaya menyelaputi bahagian rim tayar  dan berterbangan diudara. Secara tidak langsung ia akan membahayakan kesihatan orang ramai. Kandungan-kandungan ini akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya. Sehingga tahun 1970an, tidak ramai pengguna memilih untuk menggunakan pelapik brek jenis asbestos dan penumuan lain telah dicipta lalu beralih arah kepada jenis yang seterusnya.

Semi Metallic

Pelapik brek daripada binaan Semi Metalic pula adalah daripada jenis campuran habuk besi, steel fiber dan sebagainya. Pelapik brek daripada jenis ini amat mencengkam ketika suhu panas contohnya apabila suhu pelapik brek meningkat. Ia juga tahan dalam pemanduan lasak. Namum begitu, pelapik brek ini kurang mencengkam apabila suhu sejuk ataupun ketika pemanduan dalam hujan. Pelapik brek ini juga akan mengeluarkan bunyi bising dan habuk hitam (black magnetic powder) yang akan melekat pada bahagian rim.

Non-Asbestos Organic atau NAO

Bagi pelapik prek jenis Non-Asbestos Organic pula, merupakan daripada binaan mesra alam. Binaan pelapik ini memerlukan kos yang mahal dan akan cepat haus disebabkan pelapik brek ini lembut sedikit hagi memastikan penggunaan yang selesa semasa pemanduan. Namum, pelapik brek ini tidak digalakkan untuk penggunaan pemanduan yang lasak kerana peratus cengkamannya akan berkurangan apabila suhunya meningkat.

Low Metallic Formulation


Pelapik brek jenis ini sudah digunakan sejak awal 90-an lagi. la adalah campuran fiber bersama logam dan sangat sesuai dengan keadaan geografi dan muka bumi negara kita. Untuk pengetahuan, pelapik brek jenis Low Metallic Formulation merupakan jenis yang terbaik daripada pelapik brek yang lain. la boleh digunakan sewaktu keadaan panas dan sejuk serta kurang mengeluarkan bunyi. Selain itu, ia dianggap terbaik kerana pembinaanya yang stabil dan sangat efektif. Tetapi harus diingatkan, ia tidak sesuai bagi perlumbaan kereta dilitar.

Ceramic Formulation


Pelapik brek jenis ini adalah berkesinambungan daripada Non-Asbestos Organic atau NAO. la tidak sesuai digunakan di Malaysia disebabkan bentuk muka bumi dan keadaan geografi negara itu sendiri. Selain itu, harga bagi pelapik brek jenis ini mahal dan tidak berbaloi jika digunakannya di negara kita disebabkan faktor yang dinyatakan sebentar tadi.

Oleh yang demikian, dengan maklumat yang dipaparkan ini, pembaca akan dapat membuat pemilihan pelapik brek yang tepat mengikut gaya pemanduan dan keadaan kenderaan. Utamakanlah keselamatan kerana ia bermula daripada anda. Untuk maklumat lanjut tentang produk AFI Brake, layarilah laman web www.afibrake.com. Anda mampu mengubahnya!!! - Majalah Auto Touch

No comments: