My Followers

Elak gigitan pacat

GIGITAN pacat perkara biasa jika anda memasuki hutan hujan di Asia Tenggara, Afrika dan Madagascar. Tidak seperti hidupan sama di bahagian lain dunia, pacat hutan hujan hidup dalam suasana daun kering dan tumbuhan terutama di lantai hutan.

Ia mencari makanan iaitu darah hidupan berdarah panas termasuk manusia berdasarkan bau dan getaran bunyi yang terhasil daripada pergerakan. Di kawasan tertentu, anda akan dapat lihat hidupan ini bergerak ke arah badan manusia selepas beberapa ketika.

Pacat darat sangat halus tetapi boleh membesar sehingga 10 kali daripada saiz asal selepas menghisap darah.

Cara paling mudah untuk mengelak gigitan pacat dengan memakai stokin atau seluar panjang menutupi bahagian bawah badan. Anda boleh melumurkan kaki dan tangan dengan minyak panas atau minyak cap kapak.

Jangan terlalu takut terhadap hidupan ini kerana ia tidak menyebarkan jangkitan dan hanya menyebabkan kecederaan kecil. Anda tidak akan terasa digigit kerana ia menyebarkan anestetik apabila ia menghisap darah.

Namun, untuk mereka yang memiliki kulit putih gebu atau manja (sensitif), gigitan pacat turut memberi kesan apabila meninggalkan kesan parut yang ketara.

Cara betul alih pacat

* Pacat akan terjatuh selepas kenyang. Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.

* Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.

* Selepas mencabut pacat, pastikan anda membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan. Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.

* Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit. Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.

* Jika ia menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka.

* Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur. Jika terpaksa, gunakan objek keras.
Post a Comment