My Followers

Petua elak sakit belakang

* Tidur di atas tilam spring, letakkan papan di atas dasar tilam.

* Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.

* Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.

* Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.

* Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.

* Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.

* Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.

* Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.

* Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.

* Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.

Cara rawatan di rumah

* Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.

* Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.

* Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.

* Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

* Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan daripada berulang.
Post a Comment