Sunday, June 13, 2010

Panduan memulakan perniagaan

PENDAFTARAN Perniagaan

Sebelum memulakan perniagaan, anda perlulah memastikan bahawa perniagaan anda itu didaftarkan di samping memastikan segala lesen dan permit berkaitan diperolehi. Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktivitiaktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.

Lesen dan Permit

Lesen dan permit dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Anda perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi perniagaan anda.

Francais

Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais bukanlah satu "bentuk" perniagaan, tetapi merupakan kaedah atau system usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan pernaigaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor). Sistem francais tertakluk di bawah Akta Francais 1998.

Sistem Francais

Sistem Francais merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih orang yang mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan pernaigaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya. Untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francais anda perlu mendaftar dengan Pendaftar Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan and Koperasi.

Penyediaan Pelan Perniagaan

Menpunyai pelan perniagaan adalah penting untuk perniagaan anda. Lebih baik lagi jika anda mempunyai pelan yang strategik. Sebelum kita membincangkan kepentingan mempunyai pelan perniagaan, yang perlu dipersoalkan kini, apakah itu yang dimaksudkan pelan perniagaan? Salah satu faktor kegagalan dalam perniagaan adalah kebanyakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan atau `business plan'. Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan perancangan keuntungan dan aliran wang tunai sebuah syarikat. Pelan ini juga akan membentangkan jangkaan perniagaan kita untuk jangka waktu tiga atau lima tahun mendatang.

Ramai peniaga kita tersalah faham dalam aspek pelan perniagaan ini. Mereka berpendapat pelan perniagaan ini tidak perlu dilakarkan kerana perniagaan mereka itu kecil sahaja. Sama ada perniagaan kita kecil atau besar, kita masih tetap memerlukan pelan perniagaan.

Percukaian

Di Malaysia, semua pendapatan syarikat atau individual yang diperolehi dikenakan cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berfungsi dalam memberi perkhidmatan penaksiran, pentadbiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai-cukai yang tertakluk di bawah bidang kuasa LHDN.

Pengurusan Kewangan

Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin-displin tertentu, untuk mengurus dengan baik, sumber-sumber pendapatan, serta aset seseorang itu, supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah/manfaat yang optimum, dan dapat memungkinkan tabungan dan pelaburan yang boleh pula menjamin pendapatan di masa hadapan. Dengan terurusnya kewangan seseorangan itu, maka akan dapat dipastikan bahawa ianya berbelanja hanya mengikut kemampuan, dan hanya akan membuat komitmen-komitmen kewangan yang mampu diselesaikan.

1 comment:

imah said...

maklumat yang menarik

tapi kadang2 kita boleh juga mulakan perniagaan dulu secara kecil2lan macam dalam online ke

macam kedai buku saya
www.stormreaders.net/annurulbooks

modal rm390 je

harap dapat sebarkan n bantu promosi kepada kengkawan

thanks
imah
0197601446