My Followers

Rak serba guna

SELAIN menyimpan koleksi buku, rak buku turut berfungsi sebagai ruang pameran, ruang penyimpanan khasnya jika diletak di bilik tidur dan antara elemen penting pembentukan perpustakaan mini.

Rak buku mengambil sebahagian dinding berupaya menyebabkan ruang nampak sesak serta tidak tersusun. Justeru, di sini disertakan beberapa idea yang membolehkan rak buku sebahagian unsur penting gaya penataan, antaranya:

Buku

Merancang susunan buku secara kreatif dan artistik mengubah bilik biasa nampak berseni. Susunan buku merujuk warna baik secara mendatar mahupun menegak mewujudkan impak `pelangi' dalam bilik.

Bagi menggemari suasana pustaka zaman silam, anda disyor menanggalkan kulit dan plastik yang membaluti buku. Cara ini membuatkan koleksi buku anda itu dilihat usang dan antik.

Mereka yang menginginkan gaya kontemporari mampu memperolehnya melalui buku dibalut kertas putih. Bagaimanapun, pastikan setiap buku dilabel tajuk manakala nama pengarang menggunakan tulisan komputer.

Aksesori rak buku

Sekiranya tidak banyak koleksi buku, lebihan ruang buku elok ditempatkan barangan kraf, oleole kenangan, gambar berbingkai dan pasu berserta bunga. Lebih cantik jika jurang susunan buku diletak pasu dan tembikar pelbagai warna, jam antik dan bingkai gambar.

Selain itu, digalakkan ditempatkan piring hiasan besar di belakang timbunan buku manakala pemberat kertas serta hiasan kulit siput diperagakan para lekap berdekatan.

Langkah menghias bahagian belakang rak buku

Seribu macam gaya boleh ditonjolkan di bahagian belakang rak buku. Antaranya, anda boleh mengecat rak sedondon warna dinding atau jika berkenan dengan sentuhan moden pilih warna unik seperti hijau limau purut atau merah jambu pekat.

Kertas dinding corak ranggi pula dipercayai menghidupkan gaya ruang manakala konsep desa Inggeris mampu dizahirkan menerusi sempadan dinding panel kayu.

Ruang simpan

Rak buku turut berfungsi sebagai ruang penyimpanan. Bakul anyaman rotan yang ditempatkan di rak buku boleh dijadikan sebagai bekas menyimpan mainan.

Selain itu, anda juga boleh menambah laci di rak bagi menyembunyikan perkakasan elektrik seperti pemain DVD manakala binaan pintu gelongsor memberi impak rak buku `rahsia'. Binaan pintu juga dikatakan membantu melindungi buku daripada dilekat habuk.

Info

Rak

* Bagi kediaman sedia memiliki rak buku, elok bagi anda memikirkan cara mempelbagaikan kegunaannya atau dwifungsi. Misalnya, selain menempatkan buku, anda disyor mengosongkan bahagian bawah rak untuk diisi televisyen serta sistem pembesar suara. Cara ini membuatkan ruang dimanfaatkan sebaiknya.

1 comment:

Nordiana Nordin said...

kalu ade gambo kan best..