Saturday, May 29, 2010

Cukai pendapatan individu dan potongannya

BERIKUT adalah jenis-jenis potongan yang boleh diberi kepada individu yang membayar cukai pendapatan:

1. Zakat

Bayar zakat secara potongan bulanan. Melalui cara ini PCB (Potongan Cukai Berjadual) juga dapat dikurangkan.

2. Pendidikan Anak/Takaful Pendidikan

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Ianya adalah satu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Pelepasan cukai maksimum bagi individu yang menabung di dalam SSPN ialah sehingga RM3,000.


3. Pembelian buku, majalah dan jurnal

Simpan resit berkaitan pembelian buku, majalah atau jurnal. Resit ini boleh digunakan untuk mendapatkan pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

4. Bantuan kebajikan.

5. Failkan cukai secara berasingan bagi individu yang telah berkahwin.

Bagi individu yang telah berkahwin failkan cukai pendapatan secara berasingan. Setiap individu layak untuk mendapat pelepasan cukai sebanyak RM8000 bagi pasangannya.

6 Tingkatkan caruman KWSP pekerja.

7. Melanjutkan pelajaran postgraduate untuk orang dewasa.

8. Pembelian barangan sukan Untuk pembelian barangan sukan pelepasan cukai maksimum adalah sebanyak RM300.

9. Insuran hayat/takaful keluarga Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dengan caruman KWSP). Ini tidak termasuk dengan takaful pendidikan. Sebaik-baiknya pisahkan Insuran Hayat dan Takaful.

10. Bayaran perubatan untuk ibu bapa.

Bayaran perubatan untuk ibu bapa mendapat pelepasan cukai sebanyak RM5000.

11. Pembelian komputer setiap 3 tahun.

Pelepasan cukai RM3000 (sekali sahaja dalam 3 tahun).

12. Beli hartanah yang bernilai RM250 ribu dan ke bawah.

Pelepasan cukai adalah sebanyak RM2000.

13. Buat Pemeriksaan Kesihatan Secara Keseluruhan (Full Medical Checkup).

Maksimum pelepasan cukai adalah sebanyak RM500.

No comments: