Tuesday, April 27, 2010

Senam bentuk tulang belakang

SENAMAN untuk bahagian bawah belakang badan terutama bagi warga emas tidak seharusnya menyebabkan seseorang keletihan.

Senaman ringkas seperti All FoursOppositeArm and Leg Lift dapatmemberi manfaat tinggi kepada bahagian vertebral column (tulang belakang), menjadikannya kuat dan lebih fleksibel.

Selain itu, senaman ini juga dapat menguatkan otot pada bahagian belakang badan; bahu; atas dan bawah belakang badan; punggung dan hamstring.

Walaupun ringkas, senaman ini tidak sesuai dilakukan mereka yang pernah mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan, lengan atau lutut.

Maklumat mengenai senaman ini dikongsi jurulatih kecergasan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohammad IzhamMohlis manakala teknik senaman ditunjukkan Lim Chin Guan, 61.

Langkah

1. Letakkan kedua-dua lutut dan tapak tangan anda di atas permukaan tikar senaman dengan jarak di antara kedua-dua lutut membuatkan kedudukan anda stabil ketika melakukan senaman ini.

2. `Ketatkan' bahagian punggung dan bawah belakang badan, tegangkan bahagian abdomen dan pada masa yang sama, angkat tangan kanan lurus ke depan manakala kaki kiri lurus ke belakang. Elak daripada mengangkat kaki lebih tinggi daripada pinggul. Sambil itu, wajah anda perlu menghadap tikar senaman.

3. Tahan pergerakan ini selama tiga hingga lima saat. Kemudian, perlahanlahan angkat tangan kiri dan kaki kanan seperti pergerakan tadi dan bernafas seperti biasa.

Ulang pergerakan ini sebanyak lima kali untuk setiap sisi kiri dan kanan.

4 comments:

Anonymous said...

salam hanah..thanks for sharing..makcik yg warga emas ni akan cuba buat senaman ni..

sharhanah said...

Salam makcik, ur welcome! Mari kita bersenam...

eynda said...

Eynda ada buat satu lagi cara yg betul2 buat sakit belakang ni cepat sembuh...yg sharhanah bagi ni tak pernah buat lagi...buat time bersenam biasa je...

sharhanah said...

Kak Eynda, cara macam mana tuh? kalau senang, nak gak follow.. al-maklum lah, umur duk meningkat² setiap tahun ☺... huhuhu, sakit pinggul macam mana laks senamannyer? Anyone??