SEHINGGA kini, ramai yang memilih untuk tidak mencukur atau membuang kening. Sama ada mereka bertindak sedemikian kerana mematuhi hukum syarak mahupun memang minatnya adalah lebih kepada bentuk kening yang lebih tebal menghiasi wajah dan penampilan harian mereka.
Namun tidak semuanya yang bernasib baik dan memiliki bentuk kening yang tersusun rapi dan tebal. Penampilan wajah yang sudah disolek mungkin nampak kurang menyerlah kerana bentuk kening yang tidak seberapa jelas. Justeru, untuk menyelamatkan keadaan itu, anda boleh cuba melakukan beberapa teknik melakar kening menggunakan warna yang betul tanpa perlu memantasnya.
Solekan melakar bentuk kening
1. MULAKAN dengan menyapu krim asas untuk mendapatkan sapuan solekan yang lebih sekata dan tahan lama.
2. SAPU dan ratakan bedak asas ke seluruh kulit. Seeloknya gunakan span kemudian diikuti dengan bedak.
3. GUNAKAN pembayang mata warna asas seperti coklat gelap untuk disapukan ke kening mengikut bentuk dengan menggunakan berus kening. Lakarkan perlahan-lahan agar nampak sekata. Jangan sesekali lukis kening dengan warna hitam kerana ia akan menimbulkan tekstur yang tidak asli.
4. BAGI memberikan kesan yang lebih cantik dan asli, warnakan kelopak mata anda dengan warna yang lembut untuk bagi mereka yang ingin ke pejabat, manakala untuk anda yang hendak ke parti, bolehlah cuba solekan smokey-eyes dengan gabungan warna gelap.
5. SELESAI mewarnakan kelopak mata, jangan lupa untuk turut mengenakan maskara bulu mata atau menambahkan bulu mata palsu sebagai penyeri. Kening yang dilukis tadi pasti membuatkan anda tampak lain dan lengkap untuk menjalankan aktiviti.
* Terima kasih kepada Laily dari Chantek Boutique, Shah Alam (019-6136631 untuk teknik solekan.
1 comment:
info yang menarik...
Post a Comment