Thursday, March 4, 2010

Tips bagi penjagaan dalaman kereta

JIKA anda menggunakan pelengkap tempat duduk dari bahan kulit, ia sudah pasti akan menarik perhatian. Tempat duduk dari kulit dikatakan sebagai lambang kemewahan dan kebanyakan pemilik kereta sedan sudah mempunyai tempat duduk pasang siap dengan bahan kulit. Tetapi cabaran paling tinggi ialah untuk menjaga dan menjadikan tempat duduk mereka kelihatan cantik dan menawan sepanjang masa.

Tempat duduk dari bahan kulit sememangnya lebih banyak kelebihan berbanding yang menggunakan fabrik. Antaranya ialah dari aspek kecantikan, ketahanan dan citarasa. Bagaimanapun, ia harus dijaga dengan cermat dan berhati-hati. Di sini diberikan beberapa tips untuk menjaga tempat duduk kulit anda.

Mencuci bahan kulit - Mengelap kulit dengan lembut menggunakan bahan pencuci khas ialah langkah pertama bagi penjagaan teliti. Lenyapkan habuk kecil di celah-celah kulit di antara tempat duduk.

Menjaga bahagian kulit yang retak - Kulit yang tidak dijaga dengan baik akan mudah rosak dan akan lusuh, retak dan tidak boleh diperbaiki lagi. Cara memperbaikinya ialah dengan memotong bahagian yang terkeluar atau mengelap bahan-bahan kasar yang boleh merosakkan fiber dan membuang bahan kotoran yang membuatkan lubang peredaran udara bahan fiber tersumbat.

Penghadang cahaya matahari untuk kulit - Sinaran ultraviolet dari matahari boleh merosakkan kulit seperti juga kulit manusia. Oleh itu tempat duduk kulit anda perlu dilindungi bagi mengelakkannya menjadi pudar. Anda boleh menggunakan pelembab dengan perlindungan UV bagi mengelakkan bahan fibernya berkerisik.

Kelembapan berterusan - Amat penting untuk memilih pelembab yang sesuai bagi mengelakkan kekotoran. Kulit adalah bahan kalis air dan sukar menjadi berbintik. Bagaimanapun, kotoran yang tertumpah patut dibersihkan dengan segera bagi mengelakkan kerosakan terus berlaku.

Tumpahan - Tidak seperti tempat duduk dari fabrik, tumpahan air pada kulit boleh dicuci dengan segera menggunakan kain lembab. Kotoran yang sukar ditanggalkan mungkin memerlukan khidmat profesional untuk mengelakkan kerosakan berlaku hasil cucian yang tidak betul.

Menghilangkan bau busuk - Tempat duduk kulit mudah berbau hasil edaran udara di dalam kereta. Rokok, makanan dan kopi akan meninggalkan bau yang kurang enak. Beli pewangi udara dan letakkan ia di papan pemuka atau di belakang. Anda juga boleh membuka tingkap bagi pengedaran udara yang lebih baik selepas setengah jam sampai di rumah anda.

Kulit ialah antara pilihan pelengkap tempat duduk terbaik bagi kereta anda. Naza Ria, Naza Sorento dan Naza Citra mempunyai tempat duduk dari bahan kulit, jadi bolehlah anda menggunakan wang anda bagi tujuan lain. Dengan penjagaan yang cermat, anda boleh menggunakan tempat duduk kulit anda untuk jangka masa yang lebih lama.

2 comments:

Anonymous said...

salam hanah. menjaga kebersihan tempat duduk dlm kereta ni problem juga . kereta mak cik kadang2 tak terjaga sebab dua cucu ni apa2 je mesti nak makan dalam kereta..kalau tak beri menangis n merajuk.

sharhanah said...

Salam cik yam,
uiii... sy pun sama lah cik yam, payah nak control anak2 makan. Slalu sangat tumpah susu la.. makan biskut bertabur la... dalam kete tuh dah jadi pembiakan lipas...eeiiii... geli!